Connect with:




Setiap daripada kita semestinya tidak akan terlepas daripada kecederaan ketika melakukan aktiviti fizikal. Tidak kiralah sama ada anda adalah atlet professional mahupun beriadah secara santai, banyak perkara yang perlu diambil perhatian bagi mengelakkan daripada berlaku kecederaan.

1) PEMANASAN BADAN DAN REGANGAN BADAN TIDAK SEMPURNA

Setiap kali permulaan untuk melakukan aktiviti fizikal, pemanasan badan atau ‘warm up’ adalah sesuatu kemestian. Hal ini kerana otot dan sendi anda perlu bersedia sebelum diregangkan secara maksima.

Otot yang bergerak atau diregangkan secara mengejut bakal menyebabkan kecederaan seperti kejang, sakit sendi dan ligamen. Ketika anda memanaskan badan, anda akan menyebabkan pengaliran darah berlaku keseluruh tubuh anda sekaligus akan meningkatkan suhu badan.

Suhu badan yang menaik akibat pengaliran darah ke seluruh badan akan melembutkan otot-otot anda untuk membolehkkannya menerima impak atau regangan yang maksima. Masa ideal untuk melakukan pemanasan badan dan regangan ialah 10 hingga ke 15 minit.

2) TEKNIK PERGERAKAN BERSUKAN

Adalah sangat penting bagi seseorang yang ingin melakukan aktiviti fizikal tahu tentang apa yang dilakukannya. Teknik-teknik yang betul ketika bersukan seperti larian, lompatan dan sebagainya perlulah dilakukan dengan betul supaya tidak menyebabkan kecederaan badan daripada postur badan yang salah.

Setiap jenis sukan pula mempunyai disiplinnya yang tersendiri ketika menjalankannya. Adalah yang sebaiknya anda perlu mendapatkan panduan daripada individu yang berpengalaman supaya aktiviti sukan anda dijalankan secara mengikut peraturan.

3) CUACA

Cuaca juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan atmosfera dan kawasan persekitaran anda kondusif untuk melakukan aktiviti fizikal. Jika lembap atau hujan, anda akan terdedah akan bahayanya permukaan yang licin yang akan menyebabkan anda terjatuh dan cedera.

Manakala jika cuaca terlalu panas, anda berisiko untuk menghadapi strok haba dimana ia akan menyebabkan anda pitam malah boleh mendatangkan kematian. Sebaiknya anda perlu minum air dengan secukupnya sebelum menghadapi cuaca sebegini.

4) KELETIHAN

Keletihan atau kepenatan yang melampau boleh menyebabkan badan anda tidak berfungsi dengan tahap terbaik ketika melakukan aktiviti. Jika anda melakukan akiviti sukan ketika badan terlampau letih dan penat, cara pergerakan anda bersukan juga mungkin akan terjeas kerana otak anda tidak dapat fokus dan berfungsi dengan sebaiknya.

Kehilangan fokus sekaligus menempah kecederaan yang sepatutnya boleh dielakkan. Anda juga tidak digalakkan bersukan ketika anda sedang dalam proses recovery atau pemyembuhan kecederaan bagi mengelakkan bahagian yang sakit tersebut bertambah parah.

5) PENGGUNAAN PERALATAN LATIHAN


Alatan yang digunakan untuk setiap aktiviti sukan adalah berbeza dari segi fungsi dan kegunaan. Peralatan yang betul mestilah digunakan mengikut panduan dan kesesuaian aktiviti. Anda perlu memastikan bahawa bahan yang dihasilkan untuk alatan itu bersesuaian seperti contoh berwarna tenang dan tidak tajam supaya tidak mendatangkan kecederaan ketika bersukan.
Selain itu, bahan alatan yang lembut juga memainkan peranan penting supaya kaki atau tangan anda mengalami luka.

TEKNOLOGI BARU KON FLAT-DISC ELAKKAN KECEDERAAN KETIKA BERSUKAN


Figos Sports memperkenalkan satu teknologi baru bagi mengelakkan kecederaan iaitu memperkenalkan kon flat-disc. Kon ini lazimnya digunakan sebagai penanda ketika sesi latihan kelajuan dan ketangkasan (speed & agility training).


Bahan yang digunakan untuk menghasilkan kon ini ialah getah lembut yang berwarna-warni supaya tidak menyebabkan kaki anda tergelincir ketika melakukan larian.

Dapatkan kon flat-disc ini di laman e-commerce Dunia Sukan ataupun anda boleh ke mana-mana laman media sosial Figos Malaysia iaitu di @figossportswear.