Connect with:




Semalam merupakan tarikh bersejarah buat Malaysia dimana negara akan mempunyai pasukan sendiri yang akan beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dalam kelas utama. Ini 5 perkara yang boleh anda tahu mengenai pasukan ini.

1) Pasukan ini adalah hasil gandingan bersama Petronas dengan Litar Antarabangsa Sepang. Ia dikenali sebagai PETRONAS Yamaha Sepang Racing dimana Petronas menjadi penaja utama pasukan.

2) Akan beraksi tahun depan sehingga 2021, pasukan mengggunakan jentera Yamaha, YZR-M.

3) Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo akan menjadi pelumba pasukan.

4) Pasukan turut bersaing dalam Moto2 dan Moto3 – dikenali sebagai PETRONAS Sepang Racing. Khairul Idham Pawi akan menggalas cabaran dalam kejuaraaan Moto2.

5) Sementara dalam kelas Moto3 pula, pelumba Jepun, Ayumu Sasaki kekal bersama pasukan manakala John McPhee menggantikan Adam Norrodin yang akan dihantar bertanding ke kejuaraan Cev Moto2.