Connect with:




Minggu lalu Dunia Sukan telah dijemput oleh promoter MMA terbesar di Asia, ONE CHAMPIONSHIP untuk menyaksikan acara ONE: KINGDOM OF HEROES di Impact Arena, Bangkok, Thailand.

Seperti kebiasaan, acara ONE tidak pernah gagal dalam menyajikan aksi pertembungan seni mempertahankan diri terbaik untuk tontonan peminat MMA.

Kami bawakan 5 perkara menarik yang dapat disimpulkan mengenai ONE: Kingdom Of Heroes.

 

1) PENAMPILAN TINJU HANGATKAN ACARA

ONE yang telah pun melancarkan siri super tersendiri seperti kickboxing dan muay thai pada tahun ini menambah satu lagi daya tarikan baharu khas untuk acara di Thailand minggu lalu.

Juara dunia super flyweight Majlis Tinju Dunia (WBC), Srisaket Sor Rungvisai berjaya mempertahankan tali pinggangnya dalam satu aksi yang cukup sengit menentang pencabarnya dari Mexico, Iran Diaz.

Pertembungan tersebut turut disaksikan juara kategori berat sama dari Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF), Jerwin Anjacas. Peminat tinju kini tertunggu-tunggu apakah dua jaguh tinju ini akan bertembung. Jika ia direalisasikan, pasti akan menjadi satu pertarungan yang cukup epik.

 

2) SHINYA AOKI ‘KING GRAPPLER’

Dengan hanya 57 saat, lagenda MMA Jepun, Shinya Aoki berjaya ‘menidurkan’ Ev Ting menerusi gerakan arm triangle choke. Aoki sememangnya dikenali sebagai jaguh dalam teknik grappling.

Ramai pengikut MMA tertanya-tanya, jika Aoki beraksi menentang juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov yang juga dikenali sebagai jaguh grappler, siapa yang akan menang?

Mungkin ramai yang akan memilih Khabib namun percayalah, jika anda selalu menyaksikan pertarungan Aoki, jaguh Jepun itu memiliki pelbagai kelicikan untuk memberi submission kepada lawan.

Anda boleh saksikan senarai submission yang berjaya dilakukan Aoki menerusi video di bawah ini.

 

3) PENONTON THAILAND MENAKJUBKAN

Thailand sememangnya negara yang sangat menghargai seni bela diri. Penonton Thailand di Impact Arena pada malam tersebut cukup menakjubkan.

Sorakan tanpa henti boleh didengari di dalam arena terutamanya ketika melibatkan aksi pertarungan bintang Thailand.

Paling mencuri tumpuan adalah ketika aksi tinju Srisaket-Iran Diaz. Penyokong ‘menggila’ dalam memberi semangat kepada Srisaket.

 

4) KREATIVITI BINTANG THAILAND CUKUP MENGHIBURKAN

Ada dua peserta tuan rumah yang menarik perhatian para media dan juga penonton di Impact Arena pada malam tersebut. Mereka ialah juara dunia baharu kickboxing atomweight ONE, Stamp Fairtex dan Petchdam Kaiyanghadao.

Keunikan cara mereka masuk ke dalam gelanggang membuatkan peminat terhibur. Fairtex membawa kumpulan pancaragam sementara Petchdam masuk bersama-sama kumpulan penyokong besar seolah-seolah satu kumpulan ultras bolasepak.

Apa yang pasti, mereka meneruskan legasi keunikan peserta Thailand yang kreatif dalam membuat entrance seperti Shanon Wiratchai.

Stamp Fairtex

Petchdam Kaiyanghadao

5) PERTARUNGAN MENDEBARKAN DAN DAHSYAT

ONE: Kingdom Of Heroes menyaksikan 4 pertarungan berakhir dengan kemenangan submission. Selain itu, 3 pertarungan berakhir dengan Knock Out termasuk satu TKO yang dihasilkan oleh Rika Ishige. Antara aksi-aksi pertarungan sengit pada malam tersebut sudah tentu melibatkan perebutan tali pinggang kickboxing atomweight dunia; Stamp Fairtex dengan Kai Ting Chuang. Tidak ketinggalan pertarungan ONE Super Series Kickboxing Lightweight antara Anthony Njokuani menentang Andy Souwer.