Maka berakhirlah saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2018/19 yang boleh dikatakan ‘gila’. Perebutan dua kelab akhirnya berakhir dengan kemenangan buat Manchester City yang hanya berkelebihan satu mata berbanding pencabar terdekat, Liverpool yang cuma tewas sekali sahaja musim ini.
Banyak juga perkara menarik yang berlaku sepanjang hari terakhir perlawanan semalam. Kami kumpulkan 8 moment terbaik ini – ada yang menyayat hati, ada yang mengguris perasaan dan ada juga yang menggeletek jiwa.
Kepada semua peminat EPL, jumpa lagi bulan Ogos nanti!
1) OLE GUNNAR SOLSKJAER DIKUTUK HEBAT

Foto Kredit: The National
Nampaknya selepas disahkan menjadi pengurus tetap, nasib Ole Gunnar Solskjaer dan Manchester United tak berapa bertuah. Red Devils dilihat bakal menjadi United yang digeruni seperti dahulu selepas menewaskan PSG di Liga Juara-Juara Eropah namun sebaliknya yang berlaku. Mereka cuma mampu mencatatkan dua kemenangan sahaja dalam tempoh 12 perlawanan terakhir.
Aksi penutup tirai menentang Cardiff City di Old Trafford dijadikan bahan jenaka oleh penyokong pelawat selepas United tewas 0-2. Penyokong Cardiff mengejek Ole yang juga merupakan bekas pengurus pasukan tersebut.
2) PENYOKONG MAN UTD MAKI POGBA
Paul Pogba dey receive insults from one Man United fan.
The way Pogba handle am na pure class. We no deserve am β€οΈ#MUFC pic.twitter.com/hrrFh8dkH2
— Man United in Pidgin (@ManUtdInPidgin) May 12, 2019
Masih lagi di Old Trafford. Bintang Perancis, Paul Pogba nampaknya sudah tidak mendapat tempat di hati penyokong United. Ramai percaya beliau adalah punca ketidakharmonian pasukan semasa United berada dibawah bimbingan Jose Mourinho.
Aksi sosial media yang lebih berbanding prestasi atas padang Pogba juga dipersoalkan musim ini. Semalam ketika pemain United mengelilingi stadium untuk mengucapkan terima kasih, Pogba menerima kutukan dan kecaman dari penyokong United sendiri. Bagaimanapun kredit untuk Pogba yang tenang dan dapat mengawal perasaan. Bayangkan kalau Eric Cantona atau Roy Keane yang kena?
3) MAN CITY SAMBUT KEJUARAAN BERSAMA YAYA TOURE
Yaya Toure gets dragged into celebrations! π
Savage from the commentator to Jamie Carragher…
"That could have been you here if Liverpool had won the title" π³π pic.twitter.com/6jQ5PIOpf3
— Soccer AM (@SoccerAM) May 12, 2019
Walaupun sudah meninggalkan The Citizens musim lepas, Yaya Toure tetap menjadi individu penting buat Manchester City. Ketika pasukan meraikan kejayaan memenangi liga di Amex Stadium semalam, Toure turut sama hadir dan para pemain bersama-sama menyanyikan chant “Yaya Toure” yang popular.
Dalam perkembangan berkaitan, Yaya Toure menafikan beliau sudah bersara sebagai pemain seperti yang dilaporkan minggu lalu. Yaya berkata beliau masih mahu bermain sebagai pemain profesional untuk tempoh 3,4 tahun lagi.
4) PENYOKONG WOLVES KENAKAN LIVERPOOL
Di Anfield, penyokong Liverpool berdebar-debar menunggu keputusan semasa Brighton-Man City sambil menyokong pasukan mereka yang sedang beraksi menentang Wolverhampton.
Melihat situasi tidak senang penyokong tuan rumah, penyokong Wolves yang berada di Anfield sengaja membuat sorakan menandakan Brighton menjaringkan gol mendahului City. Ramai juga penyokong Liverpool yang tertipu dengan penipuan Wolves tersebut.
Penyokong Wolves juga turut memberikan update semasa kedudukan perlawanan di Amex Stadium kepada penyokong Liverpool.
This @Wolves fan letting @LFC fans know the score in the @ManCity game ππ€£ pic.twitter.com/CXZQJnCbOn
— beIN SPORTS USA (@beINSPORTSUSA) May 12, 2019
5) PEMAIN NEWCASTLE KENA ‘LIPAT’ DENGAN PEMILIK KELAB
Pada bulan Oktober lepas, Mike Ashley iaitu pemilik Newcastle United telah berjanji kepada para pemain bahawa beliau akan membawa satu pasukan ke Las Vegas seandainya Newcastle berjaya mengelak dari penyingkiran.
Semalam, selepas Newcastle menewaskan Fulham di Craven Cottage, Ashley masuk ke bilik persalinan dan bertemu para pemain serta pengurus pasukan, Rafa Benitez. Dalam pertemuan tersebut, Ashley memberitahu beliau membatalkan trip ke Vegas dan menggantikannya dengan bayaran bonus.