Johari Fitry Khairuddin atau lebih dikenali sebagai Joe Ipoh antara otai skateboarding Malaysia yang masih aktif sehingga ke hari ini. Mula aktif dengan sukan ini ketika berumur 16 tahun, Joe telah memenangi pelbagai pertandingan baik dalam mahupun luar Negara. Kini, beliau sudah menjadi instruktor skateboard selain memiliki kedai skateboard sendiri yang terletak di Bukit Kiara. Berikut 5 fakta menarik mengenai Joe Ipoh.
1) Bapanya seoarang jurulatih tenis dan kerap membawa Joe berlatih sukan tersebut sewaktu kecil. Joe tidak begitu menggemarinya kerana tidak kena dengan jiwanya yang lasak.
2) Pernah mempunyai kumpulan muzik bernama Nothing dan Disaster Funhouse. Joe bermain drum dalam kumpulan tersebut.
3) Imej berjanggut baginya adalah mengikut Sunnah nabi. Janggut tersebut juga pernah mengelakkan dagunya cedera lebih teruk ketika terjatuh satu ketika dahulu.
4) Ketika gilirannya beraksi di Jakarta, pengacara tidak menyebut nama Joe sebaliknya menyebut nama Siti Nurhaliza kerana mahu memperkenalkan kepada penonton bahawa Joe berasal dari Malaysia.
5) Dua skatepark kegemarannya ialah Bukit Kiara dan Jungle Skatepark di Kota Kinabalu. Joe juga telah merekabentuk beberapa skatepark di Malaysia seperti di Taiping dan Ipoh.
*Joe kini memiliki kedai skateboard iaitu The G Hard Pro Shop. Jika berminat untuk mengikuti kelas beliau pula, boleh hubungi myskateboardlesson.