Connect with:




Nama kanak-kanak berusia 7 tahun ini diperkatakan pada Julai lalu ketika muncul juara dunia kejohanan basikal tolak Piala Strider yang dianggap sebagai Tour De France untuk kanak-kanak.

Berikut antara perkara menarik yang kami dapat kongsikan mengenai juara dunia cilik ini.

  1. Anak kepada pasangan Shariman Samad dan Rohaya Yusof ini memenangi kategori terbuka basikal 14 inci ataupun 14x, mengatasi 25 peserta lain dari Amerika, Thailand, Costa Rica, Vietnam dan pesaing paling sengit dari negara Jepun di Piala Strider, Colorado, Amerika Syarikat.
  2. Imran turut mewakili mewakili Sekolah Kebangsaan Setiawangsa sebanyak dua kali di kejohanan IAAF Kids Athletics. Malah, dia satu-satunya pelajar tahun satu yang mewakili sekolah dalam kategori bawah 9 tahun.
  3. Kata bapanya, “Dia (Imran) sentiasa mahu menjadi nombor satu. Dia tidak sukakan kekalahan. Pernah sekali dia mendapat nombor dua, dia begitu sedih dan menangis. Kadang kala dia akan marah kerana tidak mendapat nombor satu”.
  4. Kejayaannya di Colorado juga amat luar biasa. Ini kerana basikal yang digunakan Imran tidaklah secanggih atau sehebat basikal yang digunakan peserta-peserta luar terutamanya dari Jepun. Bagi peserta Jepun, basikal yang digunakan telah melalui proses modifikasi yang membantu pelumba untuk menolak lebih cepat. Imran sebaliknya menggunakan basikal biasa tetapi rezeki pada waktu tersebut tetap memihak kepada dirinya.
  5.  Selain olahraga dan basikal, Imran turut berbakat dalam sukan bolasepak.

Baca artikel penuh mengenai Imran Ismail di e-majalah Dunia Sukan edisi 68 secara percuma. Muat turun e-majalah Dunia Sukan di laman web atau di applikasi pintar Dunia Sukan (Klik sini untuk Google Play & klik sini untuk App Store).