1) Kemenangan pertama Verstappen

Max Verstappen meraikan ulang tahun ke-20 dengan kemenangan pertamanya pada tahun ini. Ia merupakan kemenangan kedua Verstappen sepanjang kariernya. Pelumba Red Bull itu dinobat pemenang termuda Formula Satu (F1) selepas kemenangannya di Barcelona, tahun lalu.

2) Vettel cipta sejarah baharu

Biarpun memulakan perlumbaan dari petak belakang, Sebastian Vettel bangkit untuk meraih penamat di tangga keempat. Sebelum ini, tiada siapa pernah tampil lebih tinggi daripada tangga ketujuh selepas memulakan perlumbaan di petak belakang di Sepang.

Pelumba Ferrari itu juga memecahkan rekod pusingan terpantas milik Juan Pablo Montoya dengan masa 1:34.223s pada tahun 2004, dengan melakar masa baharu, 1:34.218s pada pusingan ke-41 daripada 56 pusingan keseluruhannya.

3) Kemalangan Vettel-Stroll

Ketika meraikan kemenangan, Sebastian Vettel, kini 34 mata di belakang Hamilton dengan baki lima perlawanan, bertembung dengan pelumba Williams, Lance Troll. Pelumba kelahiran Jerman itu terpaksa menumpang jentera Pascal Wehrlein, pasukan Sauber ke garisan penamat.

4) Raikkonen terkandas

Nasib malang terus melanda pasukan Ferrari di Sepang apabila Kimmi Raikkonen terpaksa menarik diri daripada saingan akibat jenteranya mengalami kegagalan enjin.

Kimi Raikkonen dari pasukan terpaksa menarik diri akibat masalah enjin.

5) Jumlah kehadiran lepasi sasaran

Anjuran terakhir Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia PETRONAS mendapat sambutan yang besar, sebanyak 110,604 penonton selama tiga hari. Pada mulanya, sasaran awal kedatangan adalah 102,863, sekali gus mencecah sehingga 23 peratus setelah panggilan tirai.

 

Foto Kredit: Facebook Formula 1