Jendela perpindahan pemain baru sahaja di tutup baru-baru ini, banyak pemain yang pergi mencari kelab baru atas beberapa faktor misalnya mungkin pemain itu mengingkan kejuaraan setelah sekian lama tidak merasanya dan mungkin juga ingin mencari pengalaman baru atau faktor gaji?

Okey kali ini kami senaraikan 5 pemain yang merupakan antara pemain yang mencatat nilai tertinggi untuk perpindahan kali ini.

  1. Cedric Bakambu (£35.3M)

Mesti anda kurang mengenali pemain ini kerana kami sendiri pun kurang kenal pemain ini. Mungkin beliau bermain di La Liga antara sebab utama kita kurang mengenali pemain ini.

Cedric Bakambu (Foto Kredit : 90min(dot)com)

Beliau bermain dengan Villarreal dari 2015 hingga 2018. Namun pemain ini telah berhijrah ke kelab China, Beijing Guon dengan yuran perpindahan £35.3M. Ia bukan la sesuatu yang pelik apabila pemain Eropah berhijrah ke kelab China. Faktor gaji yang tinggi juga menyebabkan pemain ini tertarik untuk berhijrah ke kelab China.

Antara pemain yang pernah menyertai kelab di China adalah Carlos Teves, Oscar, Paulinho, Hulk, Obi John Mikel dan ramai lagi.

  1. Pierre- Emerick Aubemeyang (£56m)

Pemain kebangsaan Gabon berusia 29 tahun ini bermain bersama Borussia Dortmund dari tahun 2013 hingga 2018. Sebelum perpindahan beliau ke Arsenal, pemain ini dilanda pelbagai kontraversi bersama kelabnya.

Pierre- Emerick Aubemeyang (Foto Kredit : iluminasi(dot)com)

Aubemeyang melengkapkan perpindahan ke Arsenal dengan kontrak jangka masa panjang. Yuran perpindahan beliau £56m dan ini merupakan rekod perpindahan tertinggi kelab Arsenal. Jarang betul Arsenal beli pemain mahal, mungkin dengan pembelian ini akan membantu Arsenal melonjak ke empat pasukan teratas atau beliau sebaliknya?

  1. Aymeric Laporte (£57.2m)

Pemain pertahanan Athletic Bilbao ini menjadi pemain pertahanan kedua termahal setelah beliau menyertai Man. City dan merupakan pemain termahal dalam rekod kelab itu mengatasi Kevin De (£55m) Bruyne pada 2015.

Aymeric Laporte (Foto Kredit : my.mancity(dot)com)

Pemain muda Perancis ini baru berusia 24 tahun dan ini sudah tentu akan menjadi aset penting kepada pasukan Man. City pada masa akan datang.

Yuran perpindahan beliau sebanyak £57.2m. Ini membuatkan pertahanan Man. City makin kuatlah lepas ini dan pasukan mana pula akan menewaskan mereka selepas Liverpool berjaya memadam rekod tanpa kalah skuad kendalian Pep Guardiola.

  1. Virgil Van Dijk (£75m)

Pemain pertahanan Belanda, Virgil Van Dijk yang berusia 27 tahun kini memegang rekod pemain pertahanan termahal dengan yuran perpindahan £75m. Liverpool yang mempunyai masalah di bahagian pertahanan mungkin terpaksa membawa masuk pertahanan yang lebih baik untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Virgil Van Dijk ( Foto Kredit : bola(dot)net)

Adakah dengan kehadiran Virgil ini akan membantu Liverpool di bahagian pertahanan atau prestasi Liverpool akan lebih teruk? Sama-sama kita menanti kesudahan liga nanti.

  1. Philippe Countinho (£106m)

Pemain kelahiran Brazil dan pemain utama Liverpool ini akhirnya berhijrah juga ke Barcelona dengan nilai perpindahan £106m. Pemain berusia 26 tahun ini bermain di bahagian ’midfield’ dan ‘forward’ sudah tentu akan menambah bisa di bahagian depan Barcelona nanti.

Philippe Countinho (Foto Kredit : birminghammail(dot)co(dot)uk

Kini beliau akan berasa seberapa banyak piala bersama Barcelona setelah sekian lama menyepi tanpa piala ketika berapa di kelab lamanya.

Kesimpulannya, mampukah pemain ini membantu kelab mereka dan mejadi pembelian yang berbaloi atau akan menyebabkan kerugian kepada kelab?