Connect with:




Lumrah bagi segelintir pemain yang berpindah dari satu kelab ke satu kelab untuk meneruskan karier sebagai pemain. Namun ia jadi luar biasa apabila ada pemain yang sanggup setia bersama kelabnya hingga mereka bersara.

Sebenarnya terdapat ramai pemain yang setia bersama kelabnya namun penulis akan senaraikan 5 pemain sahaja untuk tatapan pembaca. Lagi lama seseorang pemain itu kekal bersama kelabnya, lagi banyak kejayaan yang akan mereka peroleh. Namun begitu, penulis hanya akan memfokuskan kejuaraan yang paling penting sahaja, okay? Banyak-banyak nanti, takut bosan pula ;-D

5.Phillpp Lahm

Foto Kredit : fcbayern(dot)com

Pemain ini bersama Bayern Munich di awal kariernya sehinggalah beliau menamatkan karier sebagai pemain bola sepak profesional. Bermain di posisi pertahanan tidak menghalang beliau membuktikan bahawa beliau antara yang terbaik biarpun memiliki tubuh badan yang kecil. Bak kata pepatah, kecil-kecil cili padi.

Lebih menarik lagi, beliau tidak pernah menerima kad merah sepanjang beraksi di posisi pertahanan. Wow, hebatkan! 2017 tahun terakhir beliau digelar pemain sebelum umumkan persaraan dari dunia bola sepak.

Foto Kredit : twitter(dot)com

Ketika bersama Bayern Munich, banyak kejayaan yang beliau peroleh seperti kejuaraan Bundesliga 8 kali (8), Liga Juara-Juara (UCL), Piala Kelab Dunia FIFA, UEFA Super Cup dan banyak lagi kejuaraan beliau bersama kelab ini ketika di saingan liga domestik.

Beliau juga berjaya merangkul Piala Dunia bersama pasukan Jerman pada 2016 ketika perlawanan di Brazil.

4.Paolo Maldini

Foto Kredit : printerest(dot)com

Pemain kelahiran Milan ini boleh dianggap sebagai lagenda kelabnya apabila beliau terus setia bersama AC Milan ketika jatuh bangun kelab ini. Malah beliau juga telah membantu kelab ini mencapai pelbagai kejayaan demi kejayaan sama ada di Liga Italia mahupun di peringkat Eropah.

Foto Kredit : sportibble(dot)com

Bermain di posisi pertahanan, beliau boleh dianggap antara pemain pertahanan terbaik AC Milan sepanjang sejarah kelab itu. Antara kejayaan yang beliau telah kecapi adalah membantu AC Milan menjuarai Serie A (7) serta muncul juara UCL (5), Piala Kelab Dunia FIFA dan UEFA Super Cup (4).

Pemain ini bersara dari bermain bola sepak pada tahun 2009.

3.Paul Scholes

Foto Kredit : fourfourtwo(dot)com

Keupayaan pemain ini ketika beraksi di padang terutamanya di bahagian tengah tidak perlu dipertikaikan lagi. Jika anda peminat sejati Manchester United, pasti anda mengenali pemain ini malah gaya permainan beliau juga membuatkan pihak lawan tabik hormat dengan Paul Scholes.

Scholes bersara pada 2011 namun beliau kembali beraksi dari persaraan pada 2012 kerana beliau masih bersemangat untuk bermain. Pada 2013, akhirnya pemain ini benar-benar gantung but dari terus bermain.

Foto Kredit : express(dot)co(dot)uk

Hampir 3 dekad bersama kelab Man United, banyak kejayaan yang di kecapi beliau. 3 dekad, bukan suatu masa yang singkat maka tidak hairanlah jika Scholes dianggap ‘legend’ dalam kelab Man United.

Antara kejayaan utama beliau bersama Man United adalah merangkul EPL (11), UCL (2) dan Piala Kelab Dunia FIFA serta kejuaraan di liga domestik.

2. Carlos Puyol

Foto Kredit : zimbio

Pemain ini terkenal dengan jolokan ‘Tarzan’ kerana rambutnya persis Tarzan. Beraksi di bahagian pertahanan dan corak permainannya yang cukup menarik. Beliau juga terkenal dengan gaya kepimpinan oleh rakan-rakan sepasukannya. Beliau bersara pada tahun 2014.

Foto Kredit : starsives(dot)com

Mukanya ala-ala hendak berperang sudah cukup untuk menggerunkan pihak lawan dan pemain ini juga berbahaya ketika bola mati kerana mempunyai kepakaran dalam mencuri peluang dalam ruang.

Foto Kredit : empireofsoccer(dot)com

Berkhidmat hampir 15 tahun bersama Barcelona dan banyak kejayaan beliau peroleh antaranya membantu Barcelona menjuarai La Liga (6), UCL (3), Piala Kelab Dunia FIFA (2). Bagaimana dengan Kejuaraan liga domestik? Begitu banyak untuk di tulis kerana beliau dan Barcelona seperti berpisah tiada dengan kejuaraan.

Foto Kredit : avas(dot)my

Carlos Puyol antara pemain pertahanan yang berjiwa kental dan cukup tinggi dengan semangat melawan. Puyol boleh bersara sambil bersantai bersama anak-anaknya sambil melihat pemandangan laut yang indah kerana kejuaraan utama hampir lengkap dalam kariernya termasuklah memenangi Piala Dunia dan Piala Eropah.

1 Francesso Totti

Foto Kredit : scmp(dot)com

Pemain ini cukup terkenal malah dihormati oleh semua orang tidak kira sama ada peminatnya atau musuhnya. Kerana apa? Kerana taat setia beliau bersama kelabnya AS Roma selama 24 tahun. Beliau akhirnya umumkan persaraan pada 2017 ketika umurnya 40 tahun.

 Foto Kredit : Vincenzo(dot)PINTO

Ketika di kemuncak prestasinya, banyak kelab terhebat menawarkan kontrak namun beliau tetap bersama AS Roma.

Pemain ini mungkin tidak banyak kecapi kejuaraan bersama AS Roma namun sumpah dan taat setia beliau bersama kelabnya menyebabkan beliau begitu disayangi dan dihormati oleh peminatnya.

Foto Kredit : livemint(dot)com

Beraksi di bahagian penyerang, beliau telah menjaringkan 307 gol dan nama beliau tercatat dalam sejarah kelab antara pemain yang terbanyak menjaringkan gol.

Antara kejuaraan utama yang telah dikecapi bersama AS Roma adalah Serie A, Coppa Itali dan Supercoppa Italia. Beliau juga berjaya membantu Itali muncul juara Piala Dunia 2006.

 

Foto Kredit : 101greatgoal(dot)com