Seawal tahun 1921-1932, Piala Malaysia di panggil Piala Malaya pada ketika itu. Namun, pada 1933-1966 nama Piala Malaya ditukar kepada Piala HMS Malaya. Kemudian 1967 hingga kini nama Piala HMS Malaya ditukar kepada Piala Malaysia. Piala malaysia juga antara piala yang tertua di rantau Asia.

1. Selangor FA.
• Selangor adalah pasukan yang mendahului kedudukan terbanyak bagi pemenang Piala Malaysia, sebanyak 33 kali Selangor dinobatkan sebagi juala Piala Malaysia dan 15 kali sebagai naib juara.
• Kali terakhir Selangor di pentas akhir pada Piala Malaysia 2016 di mana selangor hanya mampu bergelar naib juara selepas tewas dalam penentuan sepakan penalti yang memihak Kedah 5-3.


2. Singapura
• Singapura pada mulanya bermain dalam satu liga di dalam Liga Malaysia. Singapura juga berjaya meraih kejayaan dalam Piala Malaysia sebanyak 24 kali dan naib juara sebanyak 19 kali.
• Majoriti pusingan akhir bagi Singapura adalah menentang Selangor ketika itu. Boleh dikatakan mereka adalah musuh tradisi dalam kancah Piala Malaysia.
• Kali terakhir Singapura bermain dalam Piala Malaysia pada tahun 1994 di mana mereka ke peringkat akhir menentang Pahang di Stadium Shah Alam, apabila kemenangan berpihak kepada Singapura 4-0.

3. Perak FA
• Perak berjaya menjulang Piala Malaysia sebanyak tujuh kali dan naib juara sebanyak 11 kali.
• Ketika itu Perak juga banyak menghasilkan ramai pemain ternama seperti Ramli Talib, Ahmad Shahrul Azhar, Azizul Abu Hanifah, Khalid Jamblus dan ramai lagi.
• Kali terakhir mereka dipentas akhir pada tahun 2007, mereka tumpas ditangan Kedah 3-0 hanya sekadar Naib Juara ketika itu.

4. Kedah FA.
• Sebanyak lima kali sebagai juara dan tujuh kali sebagai naib juara bagi pasukan Helang Merah atau pun Kedah.
• Pentas akhir yang terawal bagi mereka adalah pada 1940 apabila terpaksa akur ditangan Singapura apabila tewas 2-0 di Padang Kelab Selangor.
• Kemudian pada tahun 1990 dan 1993 Kedah meraih kejuaraan yang pertama apabila menewaskan Singapura 3-1 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
• Terbaru, Kedah menjadi juara di Stadium Shah Alam dengan mengalahkan Selangor 6-5 hasil dari sepakan penalti.


5. Penang FA.
• Penang telah memenangi Piala Malaysia sebanyak empat kali dan naib juara sebanyak sembilan kali.
• Pada 1934, mereka layak ke peingkat akhir dengan bergelar naib juara selepas tumpas di tangan Singapura 2-1 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
• Kali terakhir mereka dipentas akhir pada tahun 1977 apabila kalah berdepan Singapura 3-2 mengheret permainan ke masa tambahan.

 

Foto Kredit: Asiana.My