Connect with:




Tenis secara umumnya dianggap salah satu sukan paling popular di dunia dan tidak seperti sukan utama lain, Tenis menghasilkan kemenangan mengikut kesamarataan jantina. Selain itu,  kedua-dua pemain tenis lelaki dan wanita diberikan pendedahan dan ‘duit’ secara sama rata yang kebanyakannya tidak berlaku dengan sukan utama lain. Lebih menarik, sekiranyan mereka melakukan kesalahan seperti ditangkap menggunakan bahan terlarang, pastinya hukuman akan diberikan tidak mengikut jantina atau status.

Jom kita lihat beberapa pemain yang berprofil yang tinggi terlibat dengan kes doping dalam sejarah tenis:-

  • Maria Sharapova (Larangan selama 15 bulan)

Foto Krdit: The Week

Pada tahun 2016 dalam suatu sidang akhbar, ratu tenis ini mengejutkan dunia tenis dengan mengumumkan bahawa dia gagal ujian doping di terbuka Australia. Ramai yang menzahirkan rasa kesal selepas Mahkamah Timbang Tara pada awalnya mengharamkannya di padang selama 2 tahun. Namun, mengikut segala pertimbangan, larangannya dikurangkan kepada 15 bulan. Sudah tentu, dia menerima banyak kritikan dari peminat dan juga rakan atlet.

  • Marin Cilic (Larangan selama 4 bulan)

Foto Kredit: The Necklace

Pemain dunia nombor 4 ini sememangnya hebat bermain menentang lawannya. Pada tahun 2013, Persekutuan Tenis Antarabangsa didapati mengharamkan perangsang nikethamide dalam sampel yang diberikannya. Dia dilarang bermain selama 9 bulan namun kemudian dia membawa kesnya ke (Mahkamah Timbang Tara Sukan). Larangannya dikurangkan dari sembilan bulan kepada empat bulan sahaja. Ramai yang teruja apabila dia memenangi Terbuka AS pada tahun yang sama.

 

  • Martina Hingis (larangan selama 2 tahun)

Foto Kredit: WTA

Pada tahun 2007, dia menghadapi ujian metabolit kokain di Wimbledon (grand-slam) dan mendapati ianya positif. Selama 2 tahun dia digantung dari acara tenis dan juga grand slam. Tetapi selepas dua tahun pergantunganya, dia membuat kemunculan hebat menduduki ranking dunia nombor 1 dalam acara beregu.

 

  • Richard Gasquet (Larangan selama 3 bulan)

Foto Kredit: Tennis World USA

Richard Gasquet pada tahun 2009, positif dalam ujian kokain dan digantung selama 12 bulan oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa. Sama seperti pemain tenis lain, Gasquet juga berjaya membawa kesnya ke (Mahkamah Timbang Tara Sukan). Dalam pada itu, Gasquet yang mencium seorang wanita yang mengambil kokain di sebuah kelab malam sebelum ujian dilakukan telah menuntut bela atas dirinya. Selepas menghadapi pergantungan selama dua setengah bulan, dia kembali meneruskan kerjayanya sebagai pemain tenis.

 

  • Wayne Odesnik (Larangan selama 1 tahun)

Foto Kredit: Alchetron

Wayne Odesnik menghadapi dua tahun pergantungan akibat mengimport  hormon pertumbuhan manusia ke Australia. Larangan bintang tenis Amerika itu akhirnya dikurangkan kepada 12 bulan oleh ITF yang memberitahu bahawa dia telah bekerjasama sepenuhnya dengan baik dalam penyiasatan kes berkenaan.