Dengan bersukan, seseorang itu dapat menyihatkan badan mereka. Sewaku bersukan, otot- otot akan digerakkan. Selain itu, bersukan juga dapat mengeluarkan peluh. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat mengeluarkan sisa toksik dalam badan dan menjadikan seseorang itu sihat.

Menyihatkan tubuh badan.

Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita. Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.

Mengeratkan hubungan dan menambah kenalan.

Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

Mengisi masa lapang secara bermanfaat.

Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang. Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.

Mengharumkan nama sekolah dan negara.

Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara. Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.

Rasulullah SAW bersabda:

“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)