Kebiasaannya kecederaan melibatkan keadaan seperti terseliuh, ligamen dan tisu yang menyambungkan dua atau lebih tulang terkoyak dan kekejangan iaitu kecederaan sama ada pada otot atau tendon.

Seseorang mungkin mengalami kecederaan pada wajah, kaki, lengan dan kepala kerana pergerakan yang tidak dapat dikawal semasa bersukan.

Bagi mengelakkan sebarang kemalangan atau kecederaan ketika bersukan, di bawah ini terdapat beberapa tips untuk dipraktiskan bersama sebelum melakukan sebarang jenis aktiviti sukan.

1) Pakai pakaian sesuai

Baju sukan yang sesuai di pakai adalah t-shirt dan seluar track serta tudung yang tidak terlalu besar dan labuh. Penggunaan t-shirt yang diperbuat daripada kain kapas dapat membantu menyerap peluh dengan cepat ketika bersukan.

Pin pada tudung mungkin boleh tercucuk. Pakaian yang besar mungkin akan tersangkut pada dahan ranting atau tersungkur. Pemakaian selipar boleh melibatkan kaki terkehel dan sebagainya.

2) Patuhi peraturan

Setiap jenis sukan ada tersedia cara bermain dan cara untuk melakukannya. Jika anda tidak pasti, jangan mengambil risiko untuk cuba melakukan mengikut tanggapan dan kreativiti anda sendiri.

Adalah sebaiknya anda mengikut arahan tenaga pengajar (coach/instructor) atau pon bertanya kepada orang yang lebih mengetahui tentangnya terlebih dahulu. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan.

3) Panaskan badan sebelum bersukan

Ramai orang tidak mengambil berat dan menganggap panaskan badan sebelum sukan tidak penting. Tujuan utama pemanasan badan adalah bagi mengelakkan segala otot-otot badan terkejut dan mengalami sebarang kesakitan atau kekejangan otot selepas bersukan.

Lakukan pemanasan badan yang merangkumi seluruh bahagian badan seperti contoh di bahagian kepala dan leher, kedua-dua belah tangan, bahagian pinggang, peha, kaki, lutut dan pergelangan tangan dan kaki.

4) Tahu menggunakan peralatan sukan

Setiap jenis alat sukan mempunyai fungsi dan kegunaan yang berbeza. Jika anda perasaan, di taman-taman permainan ada tersedia cara-cara menggunakannya.

Ini bertujuan untuk menjaga alatan tersebut daripada mengalami sebarang kerosakan dan mengelakkan anda dari mengalami sebarang kemalangan yang tidak di ingini.

Jika anda terasa terbeban dengan penggunaan alatan sukan tersebut, jangan memaksa diri anda untuk terus melakukannya.

Pastikan anda memakai alat pelindung yang sesuai ketika bersukan sebagai contoh topi keledar

5) Elakkan bermain semasa keletihan atau kecederaan

Jika anda melakukan akiviti sukan ketika badan terasa letih, cara anda melakukan sukan juga mungkin tidak betul kerana otak anda tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya.

Anda akan hilang fokus dan sekali gus menempah kecederaan yang sepatutnya boleh dielakkan. Anda juga tidak digalakkan bersukan ketika anda sedang dalam pemyembuhan atau kecederaan bagi mengelakkan bahagian yang sakit tersebut bertambah parah.