1. Bukit Tabur, Kuala Lumpur

Bukit ini dikenali sebagai Bukit Hangus yang terletak berdekatan Taman Melawati, Kuala Lumpur. Ketinggian bukit ini tidaklah terlalu tinggi dan tidaklah terlalu rendah.

Ketinggiannya adalah 296 meter bersamaan 1300 kaki sahaja. Bukit ini sangat sesuai bagi golongan yang baru ingin menceburkan diri dalam dunia hiking.

2. Bukit Batu Putih, Port Dickson

Buat anda yang berhasrat ingin bercuti ke pantai Port Dickson, cuba anda selitkan sekali dalam senarai Bukit batu Putih dalam jadual perjalanan anda. Bukit ini tidak jauh yang hanya terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson yang mempunyai pemandangan yang cantik dan mendamaikan.

3. Bukit Broga, Semenyih

Bukit ini terkenal di Selangor. Lebih dikenali sebagai Broga Hills. Bukit ini terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggian bukit ini ialah 400 meter dari paras laut. Setiap hujung minggu bukit ini akan dipenuhi dengan orang ramai. Bila sudah berada di puncak anda dapat melihat pemandangan yang cukup hijau dan dipenuhi dengan daun lalang.

4. Bukit Batu Condong, Kemensah

Bukit ini merupakan salah satu bukit yang baru dijumpai untuk aktiviti pendakian. Bukit ini tidak tinggi dan tidak sukar untuk malah anda mampu sampai ke puncak berketinggian 285 meter dan tidak kurang dari 45 minit sahaja.

5. Bukit Kutu, Selangor

Bukit ini terletak di Kuala Kubu Baru, Selangor. Perjalanan untuk sampai ke puncak bukit ini mengambil masa lebih kurang 4 jam. Walaupun diklasifikasikan sebagai bukit tetapi mempunyai ketinggian setaraf dengan sebuah gunung iaitu di parasa 3456 kaki atau 1053 meter daripada paras laut.