Connect with:




Jika anda pernah menonton video pasukan bola sepak sedang menjalani sesi latihan, pastinya anda akan perasan beberapa alatan digunakan ketika sesi tersebut?

Tetapi, tahukah anda apakah alatan tersebut dan fungsinya? Artikel ini akan bercerita mengenai 5 alatan latihan yang sering dipakai oleh pasukan bola sepak.

Bib bola sepak

Bib bola sepak atau football bib merupakan perkara yang paling ketara kita akan lihat ketika di padang latihan.

Kegunaan bib ini digunakan adalah untuk membezakan para pemain terutamanya ketika sesi sparring. Selain itu juga, bib ini digunakan untuk membezakan antara pemain utama dan juga simpanan.

Disc cone

Jika anda pernah menyertai kelas Pendidikan Jasmani ketika di bangku sekolah, anda pasti kenal akan kon ini.

Kon ini lazimnya digunakan ketika sesi latihan kelajuan dan ketangkasan (speed & agility training).

Dengan kon ini, latihan mudah seperti 5-10-5 agility drill boleh dilaksanakan.

Latihan 5-10-5 agility drill ini merupakan latihan yang di mana pemain perlu berlari ulang-alik dari 3 buah disc cone bermula dari disc cone yang berada di tengah.

Selain latihan 5-10-5 agility drill, latihan seperti X Drill dan juga Slalom Weaver Drill juga boleh dilakukan menggunakan disc cone.

Micro hurdle

Alatan ini turut berfungsi sebagai alat yang digunakan ketika sesi latihan kelajuan, ketangkasan dan juga kepantasan (quickness).

Dengan menggunakan micro hurdle ini, jurulatih lazimnya akan mengarahkan pemain untuk berlari melepasi alatan tersebut. Lazimnya ia akan dilakukan dalam kadar kelajuan yang sederhana sahaja.

Speed ladder

Speed ladder merupakan satu alatan yang sering digunakan ketika sesi latihan untuk meningkatkan kelajuan pemain.

Ketika latihan ini, pemain akan berlari pada speed ladder dalam corak latihan yang berintensiti tinggi.

Latihan paling asas yang menggunakan speed ladder adalah latihan one step yang dimana pemain akan berlari pada alatan ini dengan kelajuan tinggi.

Selain itu juga, terdapat juga latihan seperti two steps lateral yang memerlukan pemain berlari secara mengiring dengan pantas.

Slalom pole

Untuk slalom pole pula, alatan ini sering digunakan ketika sesi latihan bercorak ketangkasan.

Lazimnya, latihan yang menggunakan slalom pole ini adalah pemain ditugaskan untuk berlari melepasi alatan tersebut.

Jika dilihat, ketika pemain melakukan latihan ini ia tak ubah seperti seorang penunggang motosikal cuba untuk menyelit ketika di atas jalan raya yang penuh sesak.

Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan ketangkasan pemain. Apabila perlawanan sebenar, hasilnya dapat dilihat apabila pemain dapat melepasi asakan pemain lawan.

Untuk maklumat lanjut mengenai alatan kelengkapan, anda boleh ke laman web Figossport.com atau ke mana-mana laman media sosial Figos Sportwear.