Connect with:




Karnival Bola Sepak  100PLUS-PFAM Bersama Media bakal berlangsung di Stadium Panasonic Shah Alam pada 30 September ini dengan menyaksikan 15 pasukan daripada pengamal media negara bakal berentap untuk merebut kejuaraan kali ke-2 itu.

Menurut Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Professional Malaysia (PFAM), Rezal Zambery Yahya berkata karnival bola sepak yang diadakan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama media selain menghargaikan kerjasama mereka bersama PFAM selama ini.

“Kejohanan ini diadakan untuk menghargai peranan media terutama dalam menghebahkan isu-isu dan aktiviti yang diketengahkan oleh PFAM selama ini, jadi kami berharap hubungan dengan pihak media akan bertambah erat selepas ini,” katanya ketika ditemui pada majlis undian kumpulan hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah wakil dari pihak 100Plus Joo Kho, barisan Exco PFAM Razman Roslan dan Mohd Fairuz Abdul Aziz, Setiausaha PFAM Rudie Ramli serta Ketua Pegawai Eksekutif PFAM iaitu Izham Ismail.

Antara pasukan yang terlibat untuk edisi kali ini ialah Dunia Sukan, Astro (Awani & Arena),Scoreboard TV9, TV3, Malaysia Football League (MFL), Berita Harian, Semuanya Bola,RTM dan beberapa lagi pasukan pengamal media tanah air.

Untuk rekod, Utusan merupakan johan edisi lalu menewaskan Scoreboard Tv9 di perlawanan akhir.

Foto: Asiana.My