Datuk Lee Chong Wei mengesahkan tiket ke suku akhir selepas menewaskan Hu Yun dari Hong Kong, 21-12, 21-19 untuk berhadapan dengan Jan O Jorgensen dari Denmark di pusingan seterusnya.

Jorgensen sebelum itu menumpaskan seorang lagi wakil negara, Liew Darren dalam perlawanan 3 set dengan kemenangan 21-19, 13-21, 17-21.

“Separuh akhir esok merupakan perlawanan yang penting. Jorgensen dikenali dengan permainan menyerangnya. Saya harap saya dapat terus kekalkan fokus dan berikan aksi terbaik nanti” kata Lee Chong Wei yang ditemui pemberita selepas perlawanan.

Datuk Lee Chong Wei

Datuk Lee Chong Wei

 

Bagi Darren pula, dia nyata kecewa dengan kekalahan kepada pemain Denmark itu apatah lagi rekod pertemuan sebelum ini memihak kepada dirinya.

“Hari ini dia (Jorgensen) beraksi lebih baik dari saya. Ketika di mata 17 pada set ketiga, saya hilang tumpuan dan akhirnya menyumbang kepada kekalahan saya” kata Darren.

“Walaupun mendahului di awal set kedua dengan 5 mata, Jorgensen berjaya merapatkan mata. Itu membuatkan saya sedikit tertekan dan gemuruh. Selepas ini saya akan cuba perbaiki kelemahan ini” tambah Darren lagi.

Mengikuti Chong Wei di separuh akhir ialah gandingan beregu campuran, Chan Peng Soon – Goh Liu Ying yang menewaskan rakan sepasukan, Tan Aik Quan- Lai Pei Jing 21-13, 21-14.

“Mereka (Aik Quan-Pei Jing) terlalu menghormati kami. Sepatutnya mereka boleh bermain lebih bagus dari perlawanan tadi” kata Peng Soon mewakili gandingan nombor 1 negara ini yang akan menentang lawan dari Poland, Robert Mateusiak – Nadiezda Zieba di peringkat separuh akhir nanti.

Turut melangkah ke separuh akhir ialah satu-satunya wakil negara dalam kategori beregu lelaki, Goh V Shem-Lim Kim Wah yang menewaskan lawan mereka dari Korea, Kang Ji Wook – Lee Sang Joon .

Pasangan ini mengambil masa 30 minit untuk menang 21-14, 21-16 keatas Ji Wook – Sang Joon dan seterusnya akan berjumpa pilihan ke-6 kejohanan, Ko Sung Hyun – Lee Yong Dae, juga dari Korea.

A2

Goh V Shem – Lim Khim Wah

 

“Lawan esok juga dari Korea tetapi mereka jauh lebih kuat dan berpengalaman dari pasangan Korea ynag kami kalahkan ini” kata V Shem.

“Harap-harap kami dapat melakukan kejutan terhadap mereka sekaligus mengukuhkan kedudukan kami untuk layak ke Kejohanan Dunia akan datang” tambahnya lagi.

Peringkat separuh akhir akan berlangsung pada jam 2 petang, Sabtu di Stadium Putra Bukit Jalil.