Connect with:




Kurang daripada seminggu sahaja lagi peminat gusti akan menyaksikan satu acara terbesar iaitu Wrestlemania 35 yang akan diadakan di MetLife Stadium East Rutherford, New Jersey. Sehingga kini sudah 14 pertarungan sudahpun dimuktamadkan. Di sini kami menjangkakan tiga pertarungan yang akan menjadi tumpuan di Wrestlemania 35.

Brock Lesnar (Universal Championship) vs Seth Rollins

Berdasarkan kemenangan di Royal Rumble 2019, Seth Rollins berhak untuk memilih kejuaraan mana yang mahu direbutnya. Walaupun tidak menyebutnya secara lisan, Rollins muncul di atas gelanggang Raw dan memukul Brock Lesnar. Rollins terpaksa menerima enam F5 dan jelas bahawa dia mahukan Universal Championship. Pada empat tahun lepas, Rollins telah memenangi WWE Championship di pentas Wrestlemania selepas dia menebus Money in The Bank semasa pertarungan antara Brock Lesnar dan Roman Reigns. Semestinya itu adalah pembakar semangat kepada Rollins untuk mengejar Universal Championship kali ini. Mampukah The Slayer memusnahkan The Beast?

Daniel Bryan (WWE Championship) vs Kofi Kingston

Jika dilihat dari minggu ke minggu, Kofi Kingston dipaksa bekerja keras untuk melayakkan diri ke Wrestlemania 35. Vince McMahon adalah satu penyebab utama Kofi hampir menarik diri daripada WWE. Vince menggantikan Kofi dengan Kevin Owen untuk pertarungan WWE Championship dengan Daniel Bryan. Selepas itu Vince memberi syarat untuk Kofi ke Wrestlemania dengan menang pertarungan gauntlet menentang The Bar (Sheamus dan Cesaro), Randy Orton, Samoa Joe, Erick Rowan dan Daniel Bryan. Namun Kofi gagal pada pusingan terakhir. Namun selepas The New Day membantah tindakan Vince, beliau meletakkan syarat agar The New Day menang gauntlet tag team untuk Kofi ke Wrestlemania 35 untuk menentang Bryan. The New Day terpaksa menentang Luke Gallows dan Karl Anderson, Shinsuke Nakamura dan Rusev, The Bar, The Usos dan Rowan dan Bryan. Atas dasar hormat, The Usos telah menarik diri dari menentang The New Day. Akhirnya The New Day berjaya mengalahkan Rowan dan Bryan untuk melayakkan Kofi menentang Bryan untuk WWE Championship di Wrestlemania 35. Ini adalah peluang keemasan Kofi untuk merangkul gelaran WWE Championship.

Ronda Rousey (Raw Women’s Championship) vs Becky Lynch vs Charlotte Flair (Smack Down Women’s Championship)

Buat kali pertama dalam sejarah WWE, pertarungan triple threat Raw Women’s Championship akan menjadi acara utama untuk Wrestlemania 35. Ronda Rousey akan mempertahankan gelarannya dengan pemenang Women Royal Rumble 2019, Becky Lynch dan Charlotte Flair. Pada mulanya, Ronda akan menentang Becky sahaja, namun Vince McMahon mengatakan Becky digantung selama 60 hari dan akan terlepas Wrestlemania dan dia digantikan dengan Charlotte. Becky yang tidak puas hati memberontak dan menyerang beberapa pengawal menyebabkan dia ditahan. Selepas beberapa minggu, Stephanie McMahon mengeluarkan kenyataan bahawa Becky perlu menang ke atas Charlotte untuk ke Wrestlemania 35. Dalam pertarungan itu, Becky yang tidak cukup cergas kerana masalah kakinya mengalami masalah kerana Charlotte kerap menyerang bahagian kaki Becky. Semasa pertarungan sedang berlangsung, tiba-tiba Ronda datang dan memukul Becky yang sekaligus Becky menang dengan disqualification. Keadaan itu melengkapkan mereka bertiga akan bertarung untuk gelaran Raw Women’s Championship. Terbaru, Stephanie McMahon mengumumkan kedua-dua gelaran akan dipertaruhkan dalam acara utama Wrestlemania 35. Ini bermakna ‘Winner Take All’.Siapakah yang akan menang pertarungan ini? The Baddest Woman on the Planet, The Man atau The Queen?

Ini adalah tiga pertarungan yang dijangka menjadi tumpuan. Namun, tidak kurang hebatnya pertarungan-pertarungan lain seperti:

Samoa Joe (United State Championship) vs Rey Mysterio

Bobby Lashley (Intercontinental Championship) vs Finn Balor

Randy Orton vs AJ Style

Roman Reigns vs Drew McIntyre

Triple H vs Batista (No Hold Barred, Triple H’s career on the line)

Sasha Bank & Bayley (Women’s Tag Team Championship) vs Nia Jax & Tamina Snuka vs Natalya & Beth Pheonix vs The Ilconics

The Miz vs Shane McMahon (Fall Count Anywhere)

Kurt Angle vs Baron Corbin (Farewell Match for Kurt Angle)

Buddy Murphy (Cruiserweight Championship) vs Tony Nese

Andre the Giant Memorial Battle Royal

Women Battle Royal

Foto : Sportskeeda