Connect with:




Buat kaki-kaki futsal di Malaysia, semua sudah maklum kejohanan Neymar Jr’s Five adalah kejohanan besar yang sentiasa ditunggu-tunggu. Ini sahaja peluang untuk beraksi menentang pasukan-pasukan hebat di luar sana di Sao Paolo, Brazil.

Lebih menarik, ini juga peluang untuk mereka bertemu dengan bintang Brazil dan juga PSG, Neymar.

Selepas dua edisi yang menyaksikan pasukan TOT United menjuarai Grand Final di Malaysia kedua-dua edisi tersebut, Redbull sekali lagi membawakan Neymar Jr’s Five tahun ini.

Ada beberapa pembaharuan menarik yang perlu diberi perhatian kepada semua pasukan di sana. Ini yang perlu anda ambil tahu:

1) Edisi 2018 akan mempunyai 4 sesi kelayakan. Dua daripadanya dibuka untuk mana-mana pasukan dengan had umur pemain bermula dari 18 hingga 25 tahun. Bagaimanapun, setiap pasukan dibenarkan mempunyai dua pemain lebih umur.

Untuk pusingan kelayakan terbuka, ia akan diadakan di Sports Prima, Johor pada 10 Mac dan satu lagi pada 31 Mac di Sport Planet, Ampang.

2) Jika anda pelajar universiti yang mempunyai kad pelajar yang sah, anda boleh buat satu pasukan. Kalau rasa susah untuk pergi jauh dalam pusingan terbuka, apa kata masuk dalam pusingan kelayakan universiti. Untuk pusingan ini, hanya pelajar universiti sahaja dibenarkan. Dua venue akan menganjurkan pusingan kelayakan universiti iaitu Sunway Universiti pada 17 Mac dan satu lagi di UPM pada 25 Mac.

3) Untuk edisi ini, semua pasukan baik dari pusingan terbuka mahupun universiti dibenarkan mempunyai tiga orang pemain bukan warganegara Malaysia. Maknanya, kalau anda ada rakan dari Nigeria, Brazil, Somalia, Thailand atau mana-mana negara sekalipun, mereka boleh sertai pasukan anda – tetapi terhad 3 pemain sahaja untuk satu pasukan. Untuk pasukan universiti, pastikan rakan ‘foreigner’ anda merupakan seorang pelajar yang sah di Malaysia.

Untuk setiap pusingan, empat pasukan terbaik akan mara ke pusingan Grand Final yang akan menghimpunkan 16 pasukan terbaik. Juara dalam pusingan ini akan diterbangkan ke Sao Paolo untuk pusingan akhir peringkat global pada Julai nanti.