Connect with:




SENARAI PEMAIN SKUAD B-23

– PENJAGA GOL

Haziq Nadzli, 20, JDT

Ifwat Akmal Chek Kassim,22, Kedah

Khatul Anuar MD Jalil, 21, Kuala Lumpur

– PERTAHANAN

Dominic Tan, 21, JDT

Adam Nor Azlin, 22, JDT

Aidil Zafuan Abd Radzak, 31, JDT *

Rizal Ghazali,26, Kedah *

Matthew Davies, 23, Pahang

Irfan Zakaria, 23, Kuala Lumpur

Syazwan Andik Ishak, 22, Kuala Lumpur

Rodney Celvin Akwensivie, 22, PKNS FC

Syazwan Zaipol Bahari, 23, Perak

Tommy Mawat Bada, 22, PJ Rangers FC

– TENGAH

Syamer Kutty Abba, 21, JDT

Baddrol Bakhtiar, 30, Kedah *

Nor Azam Azih, 23, Pahang

Faisal Abdul Halim, 20, Pahang

Danial Amier Norhisham, 21, FELDA United

Nik Akif Syahiran Nik Mat, 19, Kelantan

– PENYERANG

Safawi Rasdi, 21, JDT

Syafiq Ahmad, 23, JDT

Hadi Fayyadh Abdul Razak,18, JDT II

Jafri Firdaus Chew, 21, PKNS FC

N Thanabalan, 23, Negeri Sembilan

Pegendali skuad bola sepak kebangsaan B-23, Datuk Ong Kim Swee memberi kepercayaan kepada tiga pemain berpengalaman iaitu Baddrol Bakhtiar (Kedah), Rizal Ghazali (Kedah) dan Aidil Zafuan Abdul Razak( JDT) untuk melengkapkan kuota pemain lebih umur dalam senarai 24 pemain yang dipanggil.

Dalam pada itu, kesemua pemai tersebut bakal menjalani latihan pusat bermula 30 Julai ini sebelum kejohanan bermula pada 14 Ogos hingga 1 September nanti.

Menurut Kim Swee, Baddrol bakal mengetuai bahagian tengah manakala Aidil dan Rizal bakal menyumbangkan khidmatnya untuk melindungi banteng pertahanan.

“Adil memiliki kepimpinan dan pengalaman yang diperlukan bagi mengemudi barisan pertahanan sementara saya percaya Baddrol seorang pemain yang serba boleh dan mampu beraksi di banyak posisi.

“Rizal juga boleh beradu tenaga di pertahanan kanan dan saya kanan selain dia turut berpengalaman.

“Tiada pemain lebih umur di posisi penyerang kerana saya yakin dengan kebolehan pemain muda untuk memikul tanggunjwab di jenteran serangan,” katanya.

Sementara itu, 17 daripada senarai 24 pemain itu merupakan pemain yang membawa Maalaysia mencipta sejarah mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China, Januari lalu.

“Kita akan berlepas ke Changzhou, China pada 2 Ogos bagi menghadapi perlawanan persahabatan bertemu China B-23 pada 5 Ogos dan kembali ke tanah air pada 6 Ogos selepas melapor diri di Wisma FAM pada 30 Julai.

Bagaimanapun, daripada 24 pemain itu, hanya 20 pemain terbaik akan berada dalam senarai akhir pendaftaran pemain ke Sukan Asia 2018.

Enam pemain yang berada dalam senarai menunggu jika ada mana-mana di kalangan 24 pemain di atas mengalami kecederaan iaitu Adib Zainudin (JDT), Akhyar Rashid (Kedah), R Kogileswaran (Pahang), Shahrul Saad (Perak), Evan Wensley Weveslaus (Sabah) dan Syahmi Safari (Selangor).

Malaysia diundi menentang Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Bahrain dalam Kumpulan E pada kempen Sukan Asia.