Larian maraton bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan. 42km sememangnya satu jarak yang cukup ‘menyeksakan’. Ketika ini kesemua pelari maraton terkemuka dunia mengimpikan ‘sub-2’ atau dalam kata lain menamatkan larian di bawah catatan masa 2 jam.

Jenama sukan terkenal, Nike berazam untuk membantu 3 atlet tajaan mereka dalam memecahkan rekod tersebut menerusi program BREAKING2 Race. Eliud Kipchoge, Lelisa Desisa dan Zersenay Tadese akan cuba untuk memecahkan halangan marathon dua jam itu bertempat di Monza, Itali.

Acara itu akan diadakan secara tertutup namun orang ramai di seluruh dunia boleh mengikuti perkembangan larian 3 atlet ini secara langsung di facebook dan twitter NIKE.

BREAKING2 Race akan berlangsung pada jam 12.45 tengahari (waktu Malaysia) dan dihoskan oleh Sal Masekela. Menariknya, ia turut akan mendapat ulasan secara langsung oleh bintang maraton Britain, Paula Radcliffe; lagenda olahraga Amerika Syarikat, Craig Masback dan pelawak terkenal, Kevin Hart.

Adakah anda rasa ketiga-tiga atlet ini akan berjaya melakukanny?