Connect with:




 

Cardiff City, Fulham dan Aston Villa terus bersaing antara satu sama lain untuk merebut slot automatik ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim hadapan. Kedudukan ketiga-ketiga pasukan ini begitu hampir dan sesiapa yang tercicir mata bakal terlepas slot automatik.

Liga Championship England kini semakin memhampiri penghujungnya dan persaingan juga semakin menarik untuk kita lihat pasukan yang bertuah ke EPL musim hadapan.

Foto Kredit : Wolverhampton Wanderers FC

Pendahulu liga, Wolverhampton Wanders yang sudah layak EPL apabila mereka kini mengumpul 95 mata dan sukar untuk dicabar mana-mana pasukan lagi. Kini persoalannya, pasukan manakah yang akan mengikut jejak mereka ke kancah tumpuan dunia, EPL.

Jika kita lihat perlawanan yang bakal mereka lalui, penulis menjangkakan Cardiff City mempunyai sedikit kelebihan berbanding lawan mereka.

Cardiff City kini berbaki empat perlawanan manakala Fulham dan Aston Villa pula berbaki tiga lagi perlawanan. Malah lawan bagi Cardiff City juga sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada mereka.

Foto Kredit : shoot(dot)co(dot)uk

Ia berlainan dengan Fulham kerana tiga perlawanan terakhir mereka akan bertemu dengan Millwall, Sunderland, dan Birmingham. Millwall kini sedang bertarung untuk berada dalam 6 pasukan teratas manakala Sunderland dan Birmingham pula ingin mengutip mata sebanyak mungkin untuk keluar dari zon penyingkiran.

Foto Kredit : independent(dok)co(dot)uk

Bagi Aston Villa pula, mereka akan bertemu dengan Ipswich Town, Derby County dan Millwall. Mereka bakal hadapi dua lawan sukar iaitu Derby dan Millwall kini bersaing untuk merebut peluang berada dalam 6 pasukan dan sudah tentu mereka ingin mencatat kemenangan perlawanan yang mereka lalui.

Foto Kredit : uk(dot)reuturs(dot)com

 

Ia berbeza dengan Cardiff City yang akan bertemu dengan Nottingham, Derby, Hull City dan Reading. Dari empat perlawanan terakhir mereka, lawan yang sedikit sukar adalah ketika bertemu dengan Derby dan perlawanan terakhir mereka menentang Reading.

Jadi penulis menjangkakan bahawa Cardiff City akan layak ke EPL musim hadapan. Kenapa pilih Cardiff? Kerana kelab ini dimiliki oleh orang Malaysia iaitu Vincent Tan dan sudan tentu penulis ingin melihat kelab ini layak ke EPL. Malah di jersi rasmi mereka juga terpampang jelas nama Malaysia. Tiada wakil Malaysia tetapi nama Malaysia di jersi kelab EPL sudah cukup membanggakan kita.

 

*Nota pembaca, liga ini menawarkan 3 slot automatik ke EPL. Pasukan yang berada di kedudukan nombor 1 dan 2 liga akan mendapat slot secara automatik. Baki satu lagi pasukan bakal ditentukan menerusi pusingan ‘play-off’ diantara 4 pasukan ditangga ke-3 hingga 6.

Foto Kredit :  segmentNext