Larian Obor Sukan SEA kali ini sememangnya berbeza dengan edisi-edisi sebelum ini. Buat pertama kalinya, laluan larian obor merangkumi negara-negara Asean yang lain dan tidak terhad kepada negara penganjur sahaja.

Pada pagi 5 Jun 2017, obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) secara rasmi dinyalakan di puncak Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara. Kumpulan 24 pendaki diketuai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tiba di puncak tertinggi Asia Tenggara itu pada jam 6 pagi, selepas memulakan pendakian dari Laban Rata.

Pendakian itu juga sangat signifikan kerana ia diadakan pada hari ulang tahun kedua kejadian gempa bumi di Sabah.

3 DESTINASI LARIAN OBOR YANG MENGGEGARKAN DUNIA

Membawa obor naik ke puncak yang tinggi sememangnya satu perkara yang mencabar. Ada beberapa lagi destinasi larian obor yang boleh dikategorikan mencabar yang pernah disaksikan oleh masyarakat dunia.

Pertama, larian Obor Sukan Olimpik 2008 di Gunung Everest. Ia merupakan laluan paling mencabar dari segi teknikal untuk temasya tersebut. 36 pendaki menyertai larian tersebut namun hanya 12 yang sampai ke puncak tertinggi dunia itu.

Ketika di puncak, bendera Olimpik dikibarkan dan detik ini disiarkan secara langsung oleh media China, CCTV. Larian ini bagaimanapun mendapat tentangan hebat oleh aktivis Tibet.

Kedua, larian obor Sukan Olimpik musim sejuk Sochii 2014. Salah satu laluan larian adalah Tasik Baikal. Tasik Baikal di Rusia merupakan tasik paling panjang dan terdalam di dunia.

Foto Kredit: Olympic Media

Nyalaan obor tidak terpadam ketika pembawa obor menyelam ke dasar tasik dimana ia direka dan dibangunkan dengan cara yang sama dengan suar yang digunakan untuk isyarat amaran di laut.

Membuatkan ia lebih menarik, pembawa obor kemudiannya melonjak ke tasik pada ketinggian 10 meter menggunakan jetpack khas yang seterusnya membawa terus ke daratan.

Olympic Media

Ketiga, larian obor Sukan Olimpik 2004 di Sydney. Ahli biologi marin, Wendy Craig Duncan, berenang membawa obor di kawasan terumbu. Api obor tersebut dibakar hampir lebih 2000 darjah Celsius bagi mewujudkan tekanan yang cukup untuk menyimpan air daripada memasuki tiub.

Foto Kredit: Getty Image

Larian Obor KL2017 juga tidak terlepas dari menyelam ke dasar lautan. Ia akan dibawa menyelam di Pulau Perhentian, Terengganu selain terjun secara base jump di Menara KL.