26 buah universiti mengambil bahagian dalam UISF 2012

 

Pusat Sukan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menganjurkan 7 th UiTM International Sports Fiesta 2012 yang akan bermula pada hari ini, 6 September sehingga Ahad nanti, 9 September 2012, bertempat di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam. Sebanyak enam acara yang dipertandingkan seperti Badminton, Tenis, Ragbi 7’S, Futsal dan Tenpin bowling.

Acara badminton dan tenis akan diadakan di Kompleks Sukan UiTM, Ragbi di Stadium UiTM, manakala Futsal di Triways Sports Centre dan Tenpin Bowling berlangsung di Mega Lanes Sunway Pyramid Petaling Jaya.

Edisi yang ke 7 ini menyaksikan sebanyak 26 buah Universiti  dari luar negara akan mengambil bahagian yang terdiri dari negara Sri Lanka, Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei, Filipina dan Malaysia. Seramai 600 orang atlet, pegawai dan sukarelawan akan berkampung di UiTM Shah Alam.

Universiti yang mengambil bahagian adalah terdiri dari University Of Colombo Sri Lanka, University Of Kelaniya Sri Lanka, Informatics Institute Of Technology Colombo, Rajarata University Of Sri Lanka, Universty Of Moratuwa Sri Lanka, University Of Perandeniya Sri Lanka, SLIIT Sri Lanka, Wayamba Universty Of Sri Lanka, Universty Of Sri Jayawardanepura, Institut Teknologi Bandung,Padjadjaran Universty Indonesia, Trisakti University, University Kebangsaan Bandung, IT Telkom Bandung, UNIBA Batam, UIB Batam, Universitas Pendidikan Indonesia Bandung, Gadjah Mada, University, Ateneo De Manila University, Universiti Brunei Darussalam, Institut Teknologi Brunei, Bangkok University, Thaksin University, National University Singapore, Nanyang Technological University dan UiTM Malaysia sebagai tuan rumah.

Majlis penutup, penyampaian hadiah dan makan malam akan diadakan pada 9 september jam 8.00 malam bertempat di komplek Sukan UiTM Shah Alam.