Connect with:




Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger memberitahu bahawa dia kesal habiskan masa hampir 22 tahun selaku pengurus Arsenal dan ia merupakan satu kesilapan besar dalam kariernya sebagai pengurus pasukan.

Pengendali berusia 68 tahun itu menyifatkan perkara itu jelas tidak berbaloi berbanding dengan pengorbanan yang dilakukan sepanjang bergelar pengurus Arsenal.

Sebelum ini, Wenger yang dilantik pada Okotober 1996, telah berjaya memenangi tiga gelaran Liga Perdana Inggeris dan tujuh Piala FA sebelum meninggalkan kelab tersebut hujung musim lalu.

Dia yang ditemu bual bersama rangkaian televisyen Perancis, RTL tueut memberitahu tentang masa depannya akan diputus dalam beberapa bulan lagi.

“Saya kesal kekal di kelab yang sama untuk 22 tahun. Saya telah banyak mengorbankan semuanya untuk tugas itu.

“Saya juga sukakan perubahan dan perkara baru. Namun saya lebih sukakan cabaran. Saya mengganggap diri saya seperti dipenjarakan oleh cabaran sendiri setiap masa terutamanya untuk membawa Arsenal ke tahap yang disegani,” tambahnya.

Foto Kredit: RTE