Connect with:




Sempena cuti sekolah dan Hari Kebangsaan pada Ogos ini, WCT KIDSS, sebuah program pembangunan sukan komuniti tajaan WCT
Holdings Berhad hari ini melancarkan inisiatif tanggungjawab sosial korporat edisi
kelima mereka.

Program bola keranjang percuma tersebut akan berlangsung selama 5 hari bermula 14 hingga 18 Ogos 2019 di Aras UG, Paradigm Mall Petaling Jaya untuk pelajar sekolah tempatan berusia 9 sehingga 12 tahun.
Objektif utama program adalah untuk memupuk semangat berpasukan, perpaduan, kesukanan dan keadilan dalam sukan sesama kanak-kanak bermula
peringkat akar umbi lagi.

Program ini akan disertai oleh 30 atlet muda bola keranjang yang menetap di komuniti setempat dan 10 kanak-kanak daripada
Yayasan Sunbeams Home. Kanak-kanak ini akan melalui program latihan selama
empat hari dan satu hari perlawanan persahabatan 3 lawan 3 dibawah bimbingan
jurulatih yang layak dan terkenal dalam negara daripada All Star Basketball
Academy.

Lo Wei Teing, Pengurus Kanan – Hal Ehwal Korporat WCT Holdings Berhad berkata,
“Kami berbangga dengan WCT KIDSS dan kemajuan pencapaian program ini sejak
ia dilancarkan Jun 2013. Program ini direka untuk memberikan platform permulaan
untuk pemain muda mempamerkan kemahiran dan semangat mereka; di samping menyediakan sebuah platform untuk mengasah bakat mereka.

Sebagai sebuah organisasi, kami komited menyumbang ke arah pembangunan komuniti tempatan; penganjuran program seumpama ini merupakan cara kami berbaktisemula kepada masyarakat yang telah lama menyokong kami.”

Kanak-kanak ini akan didedahkan dengan asas penting permainan bola keranjang
seperti kawalan bola, jaringan cangkuk, menggelecek dan latihan jaringan bola.

Selain mempelajari teknik asas, mereka juga berpeluang melalui sesi motivasi
bersama jurulatih. Bagi menjayakan lagi program latihan ini, WCT KIDSS berbesar hati kerana menerima sokongan Westports Malaysia Dragons, pasukan bola keranjang premier Malaysia dalam Liga Bola Keranjang ASEAN.

Mereka akan membuat penampilan di
Paradigm Mall Petaling Jaya pada 17 Ogos 2019 dan akan mengendalikan klinik bola
keranjang eksklusif bagi peserta WCT KIDSS.

Para pengunjung juga dapat beramah
mesra bersama mereka menerusi cabaran bola keranjang yang menyeronokkan.
Lo menambah, “Seperti ucapan Tunku Abdul Rahman: ‘Kita semua adalah rakyat
Malaysia. Inilah ikatan yang menyatukan kita. Ingatlah, perpaduan adalah tonggak
kekuatan kita sebagai sebuah bangsa dan negara.’

“Diinspirasi daripada buah fikiran
ini, kami memilih sukan sebagai alat perpaduan untuk memupuk integrasi
kebangsaan walaupun berbeza latar belakang atau pegangan agama. Malah, bagi
merancakkan lagi perbahasan mengenai kepentingan perpaduan, kami turut
bekerjasama bersama Projek57, sebuah usahawan sosial yang komited mempupuk
perpaduan di Malaysia. Melalui kerjasama ini, kami berharap ia dapat
menyampaikan mesej tentang kepentingan perpaduan yang akan bercambah dan
berkembang bermula peringkat akar umbi lagi.”

Syed Sadiq Albar dan Collin Swee, Pengasas Bersama Projek 57 berkata, “Kami amat
berbesar hati dapat bekerjasama dengan WCT KIDSS yang mempunyai visi sama
dalam membina semangat perpaduan di Malaysia. Melalui inisiatif ini, kami ingin
memberi inspirasi kepada anak muda agar mempunyai semangat patriotisme
tinggi, perpaduan dan saling memahami demi untuk membina negara yang
bersatu.”

Projek57 juga menjalankan Bengkel Perpaduan yang menggalakkan peserta WCT KIDSS untuk melontar pendapat mereka mengenai perpaduan dan menguji
pengetahuan mereka mengenai sejarah dan budaya Malaysia. Mereka juga akan
menjual kemeja-T, Unity Ribbon dan aneka cenderamata dengan rekaan segar,
padat dengan nilai murni dan positif tentang Malaysia sepanjang program.

Semua keuntungan daripada jualan Reben Perpaduan dan RM5 daripada jualan setiap
kemeja-T akan disumbangkan kepada usaha membangunkan komuniti Orang Asli.