Malam Pendekar Malaysia sempena Perhimpunan Pesilat Kebangsaan di Stadium Bola Sepak Cheras malam semalam telah dihadiri hampir 15,000 pesilat dari 446 pertubuhan seluruh negara.

Majlis perasmian perhimpunan ini disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Najib berkata, kerajaan juga berbangga dengan tahap disiplin yang ditunjukkan pesilat kerana akur dan menghormati peraturan dan undang-undang negara.

Satu daripada tiang seri negara ialah bahawa tertegaknya negara adalah kerana rakyat Malaysia menghormati kedaulatan undang-undang, bertentangan dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa pesilat adalah sebaliknya.

Pada majlis sama, Datuk Seri Mohd Najib  di masyhurkan sebagai Laksamana Negara dengan pemakaian selempang  oleh Pendekar Negara , merangkap Pengerusi Dewan Pesaka Malaysia, Tan Sri Omar Din Mauju.

Turut hadir bersama adalah Presiden PESAKA  Malaysia, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam serta Presiden PESAKA, Adnan Zakaria.