STUART RAMALINGAM TAMATKAN PROGRAM SARJANA DARI THE FOOTBALL BUSINESS ACADEMY

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Liga Bola Sepak Malaysia yang baru dilantik, Encik Stuart Ramalingam, baru-baru ini telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Bola Sepak Perniagaan dari “The Football Business Academy”.

The FBA telah ditubuhkan di Switzerland pada tahun 2017 serta merupakan institusi pendidikan bertaraf dunia yang dikhaskan untuk industri bola sepak.

Stuart merupakan seorang individu yang bermotivasi dan berpengalaman lebih dari dua puluh tahun dalam industri bola sepak, serta mempunyai keinginan untuk mempelajari lebih banyak dan menambah portfolio pendidikannya. Stuart memohon untuk memasuki “The Football Business Academy” setelah mendengar mengenai Program Ijazah Sarjananya yang terkenal untuk meluaskan lagi pemikiran dan pengetahuannya mengenai industri bola sepak.

“Ia merupakan suatu penghormatan apabila Stuart menjalani program Ijazah Sarjana bersama kami. Sikap profesional dan semangatnya untuk membina masa depan bola sepak yang lebih baik memberi inspirasi serta beliau telah menjadi Alumni yang dikenali ramai.” Dorian Esterer, Ketua Pegawai Eksekutif, The FBA.

“Kami bagi pihak semua Profesor, amat kagum dengan input dan keterlibatan yang diberikan oleh Stuart, walaupun beliau menghadapi bebanan kerja yang berat dan tekanan dalam kerjaya hariannya sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak di Malaysia, beliau berjaya melibatkan diri bersama semua calon yang datang dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang” Dan Wood, Profesor Inovasi dan Keusahawanan, The FBA.

“Stuart Ramalingam adalah contoh pemimpin sejati dan berwawasan, yang bukan sahaja hanya ingin mengembangkan dirinya, malah beliau juga menanamkan dalam minda rakan-rakan seperjuangannya bahawa segalanya boleh dicapai. Dengan pengalaman dan usaha yang luar biasa sepanjang program ini, beliau telah berjaya memperoleh nilai gred yang tinggi dalam sesi graduasinya.

Dorian Esterer menyambung “Kami mendoakan yang terbaik dalam langkah kerjaya beliau yang seterusnya dan amat yakin bahawa Bola Sepak Malaysia akan merasakan impak yang positif daripada usahanya.’

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai ‘The Football Business Academy’, sila layari http://www.the-fba.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s