PUMA JALIN KERJASAMA DENGAN MFL

Jenama sukan global PUMA, bersama dengan rakan pengedarnya – ACTIVE SPORTS hari ini dengan bangga mengumumkan kerjasama baharu bersama Malaysian Football League (MFL).

Melalui kerjasama ini, PUMA bakal menjadi pembekal bola pertandingan rasmi bagi semua pertandingan di bawah kendalian MFL.

Perjanjian jangka panjang ini akan bermula pada pertandingan TM Piala Malaysia 2021, dengan PUMA menyediakan semua bola perlawanan rasmi sehingga 2024.

Selain Piala Malaysia, pertandingan di bawah kelolaan MFL merangkumi Piala Sumbangsih, Liga Super, Liga Premier, Piala FA dan Challenge Cup.

MFL muncul liga bola sepak pertama di Asia bersama PUMA yang secara rasmi menghasilkan bola perlawanan edisi khas sekali gus mengukuhkan lagi portfolio PUMA di peringkat global.

Perjanjian ini bertambah menarik buat MFL apabila PUMA juga merupakan pembekal bola perlawanan rasmi La Liga, yang dibintangi duta PUMA berkelas dunia seperti Luis Suarez dan Antoine Griezmann serta turut digunakan dalam saingan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL).

Bola pertandingan rasmi edisi khas MFL untuk TM Piala Malaysia 2021 bakal menggabungkan teknologi terkini yang dibangunkan oleh PUMA, direka untuk melengkapkan pelbagai gaya permainan selain menampilkan logo Piala Malaysia 100-Tahun.

“Ia adalah suatu kebanggaan apabila dapat melancarkan kerjasama jangka masa panjang yang menarik ini bersama MFL. Bola sepak sememangnya menjadi sebahagian daripada DNA PUMA. Kami berharap dapat sentiasa membawa produk terbaik dalam bola sepak, sentiasa bersedia berdepan cabaran dan terus berinovasi” jelas Steven Tan, Pengurus Besar PUMA Malaysia.

“Selaras dengan gerakan global Faster Football yang baharu dilancarkan, kami percaya bahawa kerjasama ini akan membuktikan komitmen kami untuk mendorong komuniti bola sepak tempatan bergerak ke hadapan dan menjadi inspirasi bagi semua anak muda Malaysia. Tujuan utama kami adalah untuk mengatasi halangan & cabaran, dengan mempercepatkan permainan menerusi produk inovatif – dan ini adalah dorongan kami dalam mencapai Faster Football” tambah Steven lagi.

Bagi MFL tajaan ini menandakan kepercayaan dan keyakinan jenama sukan global PUMA terhadap jenama dan kualiti Liga Bola Sepak Malaysia yang menyaksikan peningkatan dari tahun ke tahun.

“MFL amat gembira dengan perkongsian jangka panjang ini dengan PUMA dan ACTIVE SPORTS di kala kami berdepan cabaran akibat pandemik COVID-19. Oleh itu, kami melihat ini sebagai kekuatan semua jenama kami” kata Presiden MFL, Dato ‘Ab Ghani Hassan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s