DI HENTAM TERUK AKIBAT TUDUHAN MENDERA KUDA, ATLET PENTATHLON JERMAN TUTUP AKAUN INSTAGRAM

Salah satu kontroversi Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang mendapat perhatian pastinya melibatkan atlet Pentathlon Moden dari Jerman, Annika Schleu yang dilaporkan mendera kuda ditungganginya semasa melakukan disiplin showjumping.

Video Schleu dengan keadaan menunggang kuda penuh emosi telah viral di seluruh dunia, menimbulkan banyak kecaman terutamanya dalam kalangan pencinta haiwan. Lebih parah, jurulatihnya, Kim Raisner telah digantung dan dihantar pulang selepas didapati menumbuk kuda tersebut.

Selepas mendiamkan diri, Schleu akhirnya telah membuka mulut mengenai insiden tersebut. Bercakap dalam temubual bersama Deutsche Presse-Agentur, dia terpaksa menutup akaun Instagram miliknya selepas diserang dengan teruk ekoran insiden tersebut. Malah, dia turut menerima SMS dan whatsapp dari nombor tidak dikenali dengan kata-kata makian.

Schleu telah menafikan dia dan jurulatihnya telah mendera kuda yang ditunggangi itu.

”Saya faham dia (Raisner) kecewa dengan kuda tersebut. Dia telah mengeluarkan arahan untuk memukul kuda di bahagian belakang menggunakan tali, namun mungkin ramai menyalah anggap arahan tersebut.

”Ya, seharusnya kami menggunakan perkataan yang lebih sesuai namun saya menafikan kami telah melakukan penderaan terhadap kuda tersebut”.

Kekecewaan dialami oleh Schleu sememangnya cukup besar. Schleu sebenarnya sedang mendahului pungutan mata dan dalam landasan terbaik untuk memenangi emas selepas berakhir disiplin renang dan lawan pedang.

Namun semuanya hilang dalam sekelip mata selepas Saint Boy, kuda yang ditungganginya itu gagal memberi kerjasama dan seterusnya menyebabkan kedudukannya terus jatuh dan jauh dari pemburuan pingat.

”Kami para peserta hanya diberikan masa 20 minit untuk membiasakan diri dengan kuda yang telah diundi. Memang agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan kuda tersebut pada mulanya sehinggakan saya rasa mustahil untuk menunggangnya.

”Namun selepas itu, kuda tersebut dilihat lebih tenang dan memberikan kerjasama jadi saya pilih untuk terus menunggangnya. Malang sekali ketika acara sebenar, kuda tersebut kembali meragam.

Schleu berharap selepas ini sukan Pentathlon Moden akan menjalani perubahan dalam memberikan lebih keadilan kepada para peserta.

”Banyak perkara perlu diubah terutamanya bila melihat kuda tidak dapat memberikan kerjasama. Doktor mungkin boleh membantu mengawal emosi kuda. Peserta juga boleh diberi peluang untuk menukar kuda”.

Sebagai rekod, atlet Pentathlon Moden akan diundi untuk mendapatkan kuda bagi acara showjumping. Mereka tidak boleh menggunakan kuda mereka sendiri.

Menutup temubual, Schleu kini mahu menenangkan diri dan berharap agar masyarakat tidak terus menyalahkan dirinya berkenaan insiden itu.

”Saya diserang dengan teruk. Saya faham jika ada kritikan dilemparkan terhadap diri saya tetapi saya tak sangka maki hamun yang diterima adalah sangat teruk” jelasnya yang mengatakan dia cuma menyahaktif akaun Instagramnya sahaja dan bukannya terus menutup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s