PERLUMBAAN PENJELAJAHAN TERHEBAT DUNIA, DISTRICT RACE MALAYSIA ANJURAN AIA VITALITY, MENARIK PENYERTAAN LEBIH 11,000 PELARI

Sepanjang tempoh enam bulan ini, rutin penjagaan kesihatan badan telah menjadi agak mencabar. Apa tidaknya dengan sebilangan kawalan perintah pergerakan telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak COVID-19. Tidak boleh dinafikan bahawa wabak COVID-19 telah menyebabkan banyak aktiviti tidak dapat dianjurkan, terutamanya acara yang melibatkan penyertaan beramai-ramai.

Namun, di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi sewaktu pandemik, District Race Malaysia anjuran AIA Vitality tetap mencari ikhtiar untuk membawa kembali acara augmentasi realiti bagi memberi peluang orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat melalui pengalaman digital dengan aktiviti penjelajahan bandar yang menyeronokkan. Acara tahun ini juga bertambah menarik kerana penyertaannya adalah percuma dan dibuka ke seluruh negara. Ini memberi peluang sama rata untuk para pelari di seluruh Malaysia untuk sama-sama turut serta dalam acara kali ini.

District Race Malaysia anjurang AIA Vitality telah dilancarkan pada 1 Mac 2021 untuk memberi kesempatan buat para penggunanya mengamalkan gaya hidup aktif sambil berseronok ketika tempoh yang sukar dan mencabar ini. Acara yang berlangsung selama empat bulan ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan pelari kasual serta golongan bukan pelari yang lebih menggemari aktiviti berjalan kaki santai. Acara ini juga berjaya menarik penyertaan lebih 11,000 orang, jauh melepasi sasaran 10,000 pendaftaran memalui aplikasi District pada asalnya. Kesemua mereka mengintai peluang untuk membawa pulang hadiah utama berupa Proton X50 serba baharu.

Namun, salah satu faktor utama yang mendorong sambutan yang begitu mengalakkan adalah fleksibiliti penyertaannya, sekaligus memudahkan para pelari untuk menentukan sendiri bila, di mana dan bagaimana untuk mereka terlibat. Aplikasi District juga telah ditambahbaik dan dijadikan lebih mesra pengguna – dengan peserta hanya perlu keluar dari rumah mereka, membuka aplikasi itu dan menekan butang mula dan seterusnya memulakan perjalanan ke titik semak untuk meraih mata. Tiada laluan khusus atau jarak ditetapkan, malahan titik semak juga disediakan di mana-mana, sekaligus membolehkan penjelajah merangka strategi dan menentukan cara menjejalah mengikut kehendak masing-masiong. Tidak kira berlari atau berjalan kaki, semua peserta boleh bergerak mengikut kelajuan masing-masing.
Para peserta juga boleh memautkan peranti yang dilengkapi GPS ke aplikasi District untuk meraih mata bagi setiap aktiviti berjalan kaki atau larian yang dilakukan. Pungutan mata yang direkod menerusi peranti mereka kemudiannya akan dikira untuk kedudukan keseluruhan. Sebanyak 40 hadiah telah menjadi rebutan, antaranya ialah jam-jam tangan Garmin, peralatan adidas serta hadiah yang semestinya menjadi idaman semua iaitu Proton X50 serba baharu.

Josh Tendler, Ketua Pemasaran, District Technologies berkata, “Pandemik COVID-19 telah menjejaskan rancangan penganjuran acara di seluruh dunia, dan pastinya acara melibatkan penyertaan beramai-ramai paling teruk terkena tempiasnya. Pembatalan acara tentunya begitu dirasai pelari di mana-mana. Inilah sebabnya mengapa kami terpanggil untuk menganjurkan perlumbaan digital untuk tahun ini. Sedar bahawa acara berasaskan digital memiliki kekurangan dari segi interaksi fizikal, maka kami cuba gantikan dengan fleksibiliti. Para peserta bebas memilih bagaimana dan bila untuk memulakan perlumbaan mengikut kesesuaian masa masing-masing, dan seterusnya mengumpul mata, menjadi lebih sihat dan mendapatkan filter swafoto Augmentasi Realiti. Pada pandangan saya, hikmah di sebalik pandemik ini telah menemukan kita cara baharu untuk berhubungan dengan orang tersayang serta yang lain dalam masyarakat, tidak kira untuk kekal aktif bersama, saling teman menemani melalui interaksi secara maya mahupun mencapai satu kolektif bersama. Kami ingin berterima kasih kepada AIA kerana membantu menjayakan visi District Race untuk memberi pengalaman penjelajahan bandar yang menyeronokkan selain sokongan tidak berbelah bagi mereka untuk tahun kedua berturut-turut.”

Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Eksekutif, AIA Bhd. berkata, “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan perserta District Race Malaysia anjuran AIA Vitality di atas pencapaian mereka yang begitu menakjubkan di sebalik keadaan semasa. Kami berharap agar acara ini telah memberi inspirasi kepada semua lapisan masyarakat Malaysia untuk tetap kekal hidup aktif walaupun di waktu sukar ini. Kami ingin melahirkan penghargaan kepada District Technologies kerana telah melaksanakan dengan jayanya satu acara digital yang telah membawa manfaat kepada rakyat Malaysia dan mudah-mudahan kami akan dapat terus menyokong lebih banyak inisiatif seperti ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam membantu orang ramai mencapai Kehidupan Lebih Sihat, Lanjut dan Baik.”

Chong Zee Min muncul pemenang bertuah untuk membawa pulang hadiah paling yang paling menjadi rebutan iaitu sebuah Proton X50 serba-baharu. Kesemua peserta menerima satu penyertaan bagi cabutan hadiah bertuah untuk setiap aktiviti yang menjana lebih 2000+ mata dalam aplikasi District.

Chong mengakui agak terkejut selepas dimaklumkan mengenai kemenangannya. “Acara ini telah memberi banyak memberi inspirasi buat diri saya bergiat aktif kerana ia menjadikan aktiviti senaman sebagai satu pengalaman yang unik dan menyeronokkan. Ia memberi kesempatan untuk kami menjelajah ke pelbagai tempat menarik di dalam bandaraya ini yang langsung saya tidak fikir akan singgah, jika bukan kerana acara ini. Saya begitu teruja untuk memenangi hadiah utama Proton X50 yang baharu. Ia sememangnya satu kejutan yang cukup manis! Ini merupakan satu bonus besar berserta kepuasan mencapai sesuatu kejayaan. Saya berasa sungguh gembira!” kata Chong, 31, yang merupakan anak jati Pulau Pinang

Antara hadiah menarik yang disediakan buat Tiga Peserta Lelaki dan Wanita Terbaik Keseluruhan termasuklah jam tangan Garmin dan barangan adidas. Selain itu, Pasukan Terbesar Keseluruhan pula menerima hadiah berupa bungkusan barangan.

Juara Keseluruhan Lelaki, Jimmy Lim, telah membawa pulang seutas Jam Tangan Garmin Fenix, sementara Chew Soon Yong dan Yeng Hoe Liew yang menduduki tempat kedua dan ketiga pula masing-masing memenangi baucar adidas bernilai RM1,000 dan RM500.

Bagi kategori Keseluruhan Wanita, Jam Tangan Garmin Fenix telah jatuh ke tangan juara Lyn Ooi, diikuti pemenang tempat kedua Ooi Ai Lyn dan tempat ketiga • Shannah Teoh Seow Sian yang masing-masiing meraih baucar adidas RM 1,000 dan RM 500.

Anugerah Pasukan Terbesar Keseluruhan pula menjadi milik AIA District Family, dengan jumlah ahli seramai 40 orang. Kesemua dalam pasukan telah menerima bungkusan barangan setiap seorang.

District Race Malaysia oleh AIA Vitality juga telah menganjurkan satu siri kempen sepanjang empat bulan berlangsungnya acara ini mendorong lebih ramai pelari menyertainya. Bersempena dengan bulan Ramadan tahun ini, kempen Get Fit For Charity juga telah diadakan bertujuan untuk mengajak para pelari di seluruh pelusuk tanah air untuk sama-sama menunjukkan solidariti buat Persatuan Kanser Nasional Malaysia (NCSM). Matlamat kempen ini adalah untuk mencapai pungutan mata secara kolektifnya mencecah 5,000,000 mata, dengan AIA berjanji akan menyumbang RM1 untuk setiap 100 mata yang dicatat untuk sepanjang tempoh kempen berjalan. Walaupun tempoh untuk cabaran ini ditetapkan tempohnya dari 12 April – 16 Mei 2021, sasarannya telah dicapai 12 hari lebih awal iaitu pada 4 Mei 2021. Kejayaan luar biasa tidak akan dicapai tanpa tekad dan usaha bersama semua pelari yang terlibat. Sumbangan sebanyak RM50,000 berjaya dikutip untuk disalurkan kepada NCSM.

Selain meraih mata untuk disumbangkan kepada tabung kebajikan, Cabaran Purata Mata Pasukan Terbaik juga diadakan untuk mendorong para pelari terus berusaha melipatgandakan pungutan markah masing-masing. Pasukan Sonic telah membawa pulang wang tunai RM10,000 selepas merekodkan purata mata sebanyak 289,000+ bagi setiap seorang ahli.

Peraduan Media Sosial yang telah bersiaran langsung pada Jun 2021 turut mengajak para pengguna untuk berkongsikan gambar, video atau cerita penyertaan mereka dalam District Race Malaysia oleh AIA Vitality di Facebook dan Instagram, sambil memaparkan bukti aktiviti masing-masing yang menunjukkan sekurang-kurangnya perolehan 2,000 mata. Pemenang-pemenang bertuah telah dipilih berdasarkan sejauh mana kreatif hantaran mereka dan diberi hadiah-hadiah seperti jam-jam tangan Garmin, baucar-baucar didas dan bungkusan barangan Garmin.

Untuk maklumat lanjut, ikutliah @DistrictRaceMY di Facebook dan Instagram.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s