HARIMAU MALAYA PERLU TENTUKAN MAHU BERADA DI POT 3 ATAU POT 4 DI UNDIAN KELAYAKAN PIALA ASIA

Malaysia hampir pasti mengelak dari beraksi aksi playoff kelayakan Piala Asia kecuali jika Maldives menang ke atas Filipina dengan perbezaan jaringan 5 gol dan dalam masa yang sama Malaysia tewas kepada Thailand dengan perbezaan jaringan 6 gol.

Mungkin itu satu kelegaan buat Tan Cheng Hoe dan anak-anak buah namun pertemuan dengan Thailand amat penting dalam memperbaiki ranking negara yang akan jatuh ke kedudukan 158 selepas tewas kepada Kuwait, UAE dan Vietnam.

Kedudukan ranking adalah amat penting bagi menentukan balang mana Malaysia akan diletakkan dalam undian pusingan kelayakan Piala Asia nanti.

Malaysia tidak bernasib baik kerana AFC menentukan balang berdasarkan kedudukan ranking semasa dan bukannya prestasi pada kelayakan Piala Dunia.

Berdasarkan kedudukan ranking semasa Malaysia, Harimau Malaya akan duduk di balang 3 namun begitu jika tewas kepada Thailand, kemungkinan Malaysia akan jatuh ke balang 4.

Situasi tersebut perlu dielakkan bagi mencerahkan peluang negara ke Piala Asia. Perkara yang sama turut terjadi kepada Thailand. Mereka terperosok 6 anak tangga selepas seri dengan Indonesia dan kalah kepada UAE. Ketika ini mereka di pot 1 dan jika kalah, ranking mereka akan jatuh dan menolak pasukan Gajah Perang itu ke pot 2.

Kita semua serba maklum agak sukar untuk Malaysia menewaskan negara-negara Arab yang bakal mendominasi pot 1. Namun untuk pot 2 dan 3, peluang 50-50 buat Malaysia. Harus diingat, hanya juara dan naib juara kumpulan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di China.

Kemenangan juga amat penting bagi mengembalikan semangat dan moral para pemain selepas kekalahan demi kekalahan yang dialami.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s