TRAINE PERKENAL PUSAT SEHENTI PERTAMA BAGI LATIHAN PRESTASI, PEMULIHAN & FISIOTERAPI

Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara melancarkan TRAINE, institusi prestasi insan pertama di rantau ini khusus bagi menyediakan latihan prestasi, perkhidmatan pemulihan dan rehabilitasi bertaraf dunia di bawah satu bumbung.

Mengkonsepsikan dan diasaskan oleh pakar pemulihan dan rehabilitasi terkenal dari Korea Selatan, Dr Ko Kangmin, TRAINE adalah sebuah institusi yang memenuhi segala aspek pembentukan seseorang individu untuk berfungsi pada kapasiti optimum mereka setiap hari daripada diet dan pemakanan sehingga latihan fizikal dan penyesuaian, malahan juga terapi fizikal dan pemulihan.

Berpengalaman selama lebih 28 tahun dan memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Perubatan Sukan dan Terapi Fizikal, Dr Ko Kangmin, atau lebih mesra dengan panggilan Sam, adalah individu berpengaruh dalam industri sukan dan kesejahteraan Korea Selatan kerana berjaya mempelopori metodologi baharu rehabilitasi yang membantu memacu negaranya ke peringkat antarabangsa dalam arena sukan.

“Kali pertama saya datang ke Malaysia ialah ketika Kejohanan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, sebagai seorang perunding atas jemputan Majlis Sukan Negara (MSN). Saya terlibat dengan atlet daripada 11 disiplin sukan ketika temasya berkenaan dan menyaksikan kejayaan membanggakan apabila mampu membantu menyumbang 26 pingat emas melalui acara sukan seperti bola keranjang, taekwando, menembak, memanah, angkat berat dan gimnastik untuk Malaysia.”

“Tidak lama selepas itu saya menyedari bahawa persekitaran pemulihan dan rehabilitasi tempatan berdepan isu yang sama seperti dialami Korea Selatan pada tahun 1990-an oleh kerana tiada prosedur holistik untuk menguruskan kecederaan dan memperbaiki proses rehabilitasi,” kata Dr Ko.

Mengenai pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah pertama cawangan TRAINE di rantau ini, Dr Ko berkata, “Matlamat kami ialah membangunkan sebuah institusi prestasi insan berdedikasi yang menyokong dan menerajui bidang perubatan sukan dan terapi fizikal di Malaysia.

Mengabdikan lebih 28 tahun hidup saya dalam bidang latihan ini, saya percaya bahawa gabungan kekuatan sains sukan dan terapi fizikal boleh memberi manfaat kepada insan untuk meningkatkan kesejahteraan fizikal mereka, pulih daripada kecederaan dan menguruskan kesakitan dengan lebih baik,” tambah beliau.

Ikon kecergasan dan penyokong kesejahteraan wanita tanah air, Nana Al Haleq, turut memuji konsep unik TRAINE Malaysia dan beranggapan kemudahan berkenaan mampu menjadi pengubah-keadaan buat kedua-dua golongan atlet dan bukan atlet.

Master Trainer, Dr. Ko Kangmin, Female Fitness Icon, Nana Al Haleq, and Co-Founder of TRAINE, Shahir Khalid

“Menjadi seorang atlet sejak berusia 10 tahun, tubuh saya menjalani rejim latihan yang ketat bagi mencapai pelbagai sasaran kecergasan selama bertahun.

Tekanan berterusan ke atas tubuh badan dan gaya hidup aktif yang saya jalani menuntut banyak pemulihan dan rehabilitasi. Dengan TRAINE sebagai pusat sehenti untuk memperbaiki prestasi insan, saya tidak perlu lagi bimbang untuk mencari seorang ahli terapi, jurulatih atau pakar rehabilitasi secara perseorangan,” kata Nana.

“Saya percaya, adalah penting bagi orang awam untuk memahami bahawa ‘latihan keras’ bukan setakat berapa berat yang anda boleh angkat atau berapa pantas anda boleh berlari – malah apa yang lebih penting adalah memiliki tubuh badan yang sihat untuk bergerak dan berfungsi dengan baik dalam kehidupan seharian,” tambah Nana.

Rakan kongsi di peringkat tempatan dan pengasas bersama TRAINE Malaysia, Shahir Khalid, berkongsi bahawa adalah sesuatu yang istimewa dikaitkan dengan individu berkaliber seperti Dr Ko Kangmin (Sam) dan berharap cawangan pertama institusi seumpamanya itu dapat diterima dengan baik dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Kami menyasar untuk memupuk penetapan minda bahawa terapi fizikal dan latihan prestasi ada kaitan dengan semua individu dan bukannya setakat atlet sukan.

Tidak kira jika anda adalah seorang atlet pro dengan tuntutan latihan mendesak atau seorang individu korporat yang menghabiskan masa seharian dalam persekitaran pejabat, falsafah TRAINE membantu anda mencapai prestasi lebih baik dalam apa jua yang anda lakukan,” kata Shahir.

Untuk maklumat lanjut mengenai institusi TRAINE dan kepakarannya di dalam bidang fisioterapi, latihan prestasi dan pemulihan, sila layari http://www.traine.com.my atau singgah ke @traineclub di Instagram.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s