WAJAH BAHARU ‘THE COPS’

Penswastaan pasukan telah menukarkan nama mereka dari PDRM FA ke PDRM FC namun perubahan ini tidak terhad kepada nama semata-mata. Jika sebelum ini, pasukan yang dikenali sebagai The Cops ini beroperasi dari kabin mudah alih di padang, namun segalanya berubah musim ini.

Pusat operasi baharu PDRM FC yang terletak di PULAPOL Kuala Lumpur menyaksikan perubahan ketara yang pastinya bakal memberikan lebih keselesaan kepada barisan jurulatih, pegawai dan pemain.

Fasiliti baharu ini dilengkapi dengan pejabat pentadbiran, bilik persalinan pemain, kedai cenderamata, ruang studio, bilik VIP, bilik fisioterapi dan bilik mesyuarat yang terletak bersebelahan dengan padang latihan.

Upacara perasmian pusat operasi tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Presiden pasukan, Datuk Seri Acryl Sani pada minggu lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PDRM FC, ASP Mohamad Hafiz bin Zainal Abidin, kelab berterima kasih atas penajaan syarikat-syarikat besar yang membantu melicinkan lagi operasi pentadbiran pasukan.

Penaja utama kelab PDRM FC adalah Top Glove selain turut mendapat tajaan dari Blackbixon, Oren Sport, Cisco Security, redONE, Biolux serta Hertz.

Dalam majlis yang sama, kelab juga mengumumkan TBF Network selaku pemilik baharu pasukan menerusi pegangan saham 60% syarikat yang mengendalikan rangkaian perkhidmatan servis mobile redONE.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s