Seramai 20,000 individu bergembira dengan rentak terbaru di The Music Run™ by AIA Vitality edisi keempat di KL Sports City semalam. Daripada pelari berpengalaman mahupun baru, atmosfera acara penuh bertenaga dapat dirasai sehingga peserta menari menuju ke garisan penamat. Trek larian juga dipertingkatkan pada tahun ini dengan penambahan laluan 10 km dengan catatan masa bagi Music Runner yang mahu mencabar tahap kecergasan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Acara larian yang dimulakan pada pukul 3.30 petang itu berakhir dengan penuh jaya menerusi penganjuran Festival Muzik yang lengkap dengan pelbagai hiburan dan aktiviti menyeronokkan di Perkampungan Muzik. Selain lokasi baharu bagi acara berkenaan, para peserta The Music Run™ by AIA Vitality juga merasai pengalaman baharu pada laluan larian – The Sound Track – yang turut merangkumi Zon Inspo serba baharu yang menggantikan lima zon muzik daripada penganjuran tahun lalu. Pelari juga menikmati senarai lagu yang direka khas oleh Joox untuk memberi inspirasai dan motivasi sepanjang larian mereka. Dengan pembesar suara dipasang pada setiap 50m yang menyiarkan 150,000 watts lagu-lagu bertema larian yang terbaik, para pelari juga berpeluang merasai pengalaman kecergasan yang berbeza.

The Music Run™ berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan penaja penyampai, AIA Malaysia. Eric Chang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd. berkata, “Di bawah jenama AIA Vitality, sekali lagi kami amat berbangga untuk berganding tenaga dengan The Music Run™. Misi kami adalah untuk membantu masyarakat hidup dengan lebih baik, lama dan sihat, malah The Music Run™ merupakan kaedah terbaik untuk menunjukkan bahawa senaman juga menyeronokkan kepada rakyat di negara ini. Tanpa mengira sama ada peserta berjalan, berlari mahupun menari di sepanjang trek – setiap tapak adalah penting dalam membentuk perubahan positif dalam kehidupan mereka.”

Martin Capstick, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Exceed Sports and Entertainment, penganjur acara berkenaan berkata, “Pada tahun ini, para peserta memulakan larian mereka di kompleks kesukanan bertaraf dunia yang diperbaharui, KL Sports City, sementara menikmati pengalaman muzik serba baharu, berbeza daripada penganjuran pada tahun-tahun sebelum.”

Beliau menambah, “Kami amat berterima kasih kepada kesemua peserta yang menyertai acara dan maklum balas positif yang diterima pada tahun ini. Kejayaan memperkenalkan trek larian sejauh 10km juga telah membuktikan kepada kami bahawa rakyat Malaysia mengambil serius terhadap tahap kecergasan diri mereka. Kami amat gembira untuk mendapat sokongan AIA Vitality dalam membawakan kembali rentak menyeronokkan ini dan bersama-sama, kami berharap untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjalani gaya hidup yang sihat. Kami berharap untuk terus membawa The Music Run™ by AIA Vitality di Malaysia ke peringkat lebih tinggi pada tahun-tahun akan datang.”

Kemeriahan acara tersebut dimulakan di Perkampungan Muzik dengan penganjuran parti awal yang memaparkan band rock kegemaran Malaysia, Kyoto Protocol. Para peserta juga bergembira menerusi penyediaan pelbagai aktiviti menarik di gerai-gerai pameran penaja, daripada peraduan karaoke kongsi kereta tanpa bergerak bersama Petron sehingga ke stesen urut oleh Tiger Balm dan cabaran tarian K-Pop oleh The Face Shop.

Penaja penyampai, AIA, terus menghiburkan peserta dengan acara bola sepak bubble bump dan pertandingan menari, pada masa yang sama memaparkan komponen utama program AIA Vitality – Ketahui Kesihatan Anda, Pertingkatkan Kesihatan Anda dan Nikmati Ganjaran.

Penganjuran tahun ini juga memperlihatkan pengenalan Perkampungan Kesejahteraan Bersama yang membolehkan Music Runner menikmati pelbagai sajian hidangan dan minuman lazat serta sihat yang disediakan oleh rakan niaga seperti Kind Kones, Life Juice dan The Good Co.

Rakan Yoga Rasmi, lululemon, juga membawakan beberapa jurulatih terkemuka di Kuala Lumpur bagi penganjuran beberapa siri sesi disko yoga senyap.

Jeffrey Ross tampil sebagai pemenang tempat pertama di bawah kategori 10km lelaki yang baharu dengan catatan masa 00:36:53, sementara Denise Benson dinobatkan sebagai juara kategori 10km wanita menerusi rekod 00:49:08. Kesemua pemenang menerima piala khas untuk memperingkati kemenangan mereka, selain hadiah-hadiah eksklusif yang ditaja oleh Creative, Fitbit dan Tiger Balm!

DJ Sam Withers dari Australia didatangkan khas untuk menaikkan kemeriahan suasana di garisan penamat. Withers, yang mengembara mengikuti pelbagai The Music Run di seluruh dunia, membawakan pelbagai lagu yang akan membuatkan orang ramai terus menari dan bergembira sehingga ke akhir acara. Beliau membawa peminat melalui muzik tari yang digabung sempurna dengan paparan lampu laser dan persembahan piroteknik yang memukau. Ia sekali gus membolehkan peminat menikmati pengalaman penuh The Music Run.

The Music Run mula dianjurkan di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 2014. Sejak itu, fenomena muzik dan kecergasan tempatan itu telah mendapat tempat dan perhatian peminat di seluruh dunia. Exceed Sports and Entertainment menganjurkan acara tersebut di Bangkok, Beijing, Kuala Lumpur, Manila, Shenzhen, Singapore dan Taipei. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web The Music Run (www.themusicrun.com), Facebook (@TheMusicRunMY) atau Saluran YouTube (@TheMusicRunGlobal).