Harapan mengelakkan penyeksaan terhadap sukan lumba kuda kembali bersinar apabila mesin latihan bernilai 20 juta euro dicipta oleh syarikat Kurtsystems di Kingwood Stud, London baru baru ini.

Kajian selama 20 tahun telah dilakukan bertujuan mengelakkan keganasan yang dilakukan oleh sesetengah joki kuda ketika menjalani latihan awal musim.

“Banyak kuda mengalami kecederaan pada permulaan latihan kerana mereka tidak bersedia untuk memulakan latihan sebenar,” jelas Daniele Camuffo, Pengurus Kurtsystems.

Tambahnya, mesin ini dapat membantu dalam meningkatkan otot dan tulang sekaligus menjadikan kuda lebih kuat.

Keluasan tempat yang menyerupai taman tema ini boleh membawa 10 ekor kuda para kelajuan 30mph dengan jarak sejauh 1.5 km.

Turut tampil memberi penjelasan, Sir AP McCoy berkata bahawa dia sangat kagum melihat penciptaan mesin tersebut.

Bekas joki lumba Northern Ireland berkata “semua sukan memerlukan semangat yang kental untuk berjaya. Kita hanya perlu tunggu sama ada ianya berjaya ataupun tidak”.