Connect with:




Final Liga Europa menyaksikan bintang ternama, Antoine Griezmann sekali lagi menjadi senjata kuat buat Atletico Madrid selepas penyerang Perancis itu menjaringkan dua gol apabila menang 3-0 membenam Marseille awal pagi tadi yang berlangsung di Lyon.

Dalam pada itu, Griezmann yang mendapat mencapai gelaran utama yang pertama itu dapat memberikan laluan yang mudah sekiranya dia berhijrah ke kelab lain meninggalkan kelab tersebut pada penamat musim.

Dua jaringan awal Griezmann membolehkan pemain ini mengumpul jumlah jaringan keseluruhan kepada 29 gol pada musim ini.- Foto Kredit: FB Atletico Madrid

Kejayaan itu turut menyaksikan Atletico dihadikan trofi buat kali ketiga dalam tempoh sembilan musim.

Dari sudut lain, destinasi seterusnya untuk saingan musim depan merupakan gergasi Catalan dari Sepanyol iaitu Barcelona.

Jaringan Griezmann masing masing disudahkan pada setiap babak (minit 21 dan minit 49) sekaligus membolehkan pemain ini mengumpul jumlah jaringan keseluruhan kepada 29 gol pada musim ini.

“Perasaan saya bercampur-baur. Ada gembira dan juga sedih. Namun, saya sangat teruja dan saya berharap boleh merasai detik seperti ini sekali lagi.”

“ Segala kerja keras dan penderitaan yang saya tanggung akhirnya berbaloi pada hari ini. Ianya adalah suatu penghormatan buat saya selepas saya meninggalkan tempat ini pada usia 14 tahun lalu,” katanya.

Griezmann menghabiskan seluruh kariernya di Sepanyol dan sebelum ini menang Piala Super Sepanyol kepada beIN Sports.

Foto Kredit: FB Atletico Madrid