Penyerang sensasi Kuala Lumpur, Guilherme De Paula cemerlang apabila 2 jaringannya membantu Kuala Lumpur menewaskan Sabah 2-0 di Stadium MP Selayang, hari ini.

Berbaki hanya 1 perlawanan liga, KL tidak menunggu lama untuk membuka jaringan  apabila hantaran lintang Paolo Josue disambar oleh De Paula untuk menewaskan Rozaimie Rohim pada minit ke-14 perlawanan.

Penggempur dari Brazil itu terus mengganas apabila sekali lagi menggegar jaring melalui  tandukan hasil daripada sepakan percuma Josue pada minit ke-55 perlawanan.

2 gol yang dihasilkan itu menyaksikan beliau terus unggul mengumpul 26 gol sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana.

Satu lagi pasukan yang menempah slot ke Liga Super ialah Terengganu apabila menewaskan pasukan PDRM dengan jaringan 3-0. Kedua-dua pasukan ini mengumpul 47 mata meninggalkan pencabar terdekat Negeri Sembilan dengan 41 mata.

Foto Kredit : Facebook Terengganu FA &  Kuala Lumpur The City Boys