KUALA TERENGGANU, 7 Nov – Seramai 180 peserta dari 15 pasukan termasuk dari Singapura dan Thailand akan mengambil bahagian dalam kejohanan perahu layar KFC Regata Monsun 2012 di Pulau Warisan di sini selama empat hari mulai esok.

Kejohanan merupakan acara awal sebelum Piala Monsun diadakan di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa di Pulau Duyong mulai 3 hingga 8 Dis ini.

Timbalan Presiden Persatuan Perahu Layar Terengganu (Tesa), Rashid Mohd Nor berkata 13 pasukan tempatan yang mengambil bahagian dalam KFC Regata Monsun ialah dari Sabah, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan skuad kebangsaan.

Sebanyak empat kelas dipertandingkan iaitu optimis bawah 15 tahun lelaki dan perempuan, laser, international 420 dan windsurfing.

Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan melebihi RM25,000 ini dianjurkan oleh Tesa dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu dan ditaja bersama T-Best dan KFC Holding. ¬†Rashid berkata kejohanan boleh dijadikan landasan kepada pembangunan sukan perahu layar di Terengganu. ¬†— BERNAMA