Connect with:




Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan Muaythai (JKK) yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) semalam menyaksikan seramai 17 atlet remaja Muaythai telah terpilih bagi menyertai Program Latihan Sukan Sea 2019.

Pemilihan berkenaan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Majlis Olimpik Malaysia dan MSN termasuk pencapaian semasa yang dipamerkan olet atlet.

Dalam pada itu, Persatuan Muaythai Malaysia  juga turut mensasarkan satu pingat emas dapat disumbangkan dalam Sukan SEA 2019 menerusi Muhd Fazzatkie dalam kategori 57kg.

Turut hadir, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara En. Jefri Ngadirin dan Presiden Persatuan Muaythai Malaysia, Dato’ Muhammad Shahnaz Azmi bagi meraikan acara berkenaan.

Pada masa yang sama, majlis penyampaian hadiah Tali Pinggang dan Piala Kejuaraan Kejohanan Muaythai Pro Am Peringkat Kebangsaan 2018  turut diadakan semalam.

Foto: Muaythai Malaysia