Connect with:




Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang yang pertama. Dikenali sebagai M1, persaingan global Mobile Legends: Bang Bang akan menampilkan 16 pasukan dari 14 negara dari seluruh dunia yang akan berjuang untuk memenangi hadiah yang bernilai AS$250,000. Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, akan hadir sebagai tetamu kehormat untuk menyaksikan acara e-sukan yang menarik ini. Segala aksi akan disiarkan secara langsung menerusi YouTube Gaming dari medan pertempuran, yakni Axiata Arena di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, para peminat Mobile Legends: Bang Bang boleh menempah tiket untuk terus menikmati pengalaman menyaksikan acara ini di Arena Axiata.

M1 merupakan hasil kerjasama erat antara MOONTON dan penaja utamanya, U Mobile. Menurut petikan daripada kenyataan terbaru Justin Yuan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama MOONTON: “U Mobile, sebuah syarikat telekomunikasi Malaysia yang telah memenangi pelbagai anugerah, telah meluaskan hubungannya dengan MOONTON dengan menjadi penaja rasmi Kejohanan Dunia M1. Perkongsian U Mobile dengan MOONTON dan penglibatannya dalam M1 adalah selaras dengan komitmen telekomunikasi untuk memberikan pengalaman permainan yang terbaik kepada rakyat Malaysia dan menyediakan pentas global untuk pasukan e-sukan tempatan.”

Peringkat kumpulan Kejohanan Dunia M1 akan berlangsung dari 11 – 14 November. Dari situ, acara utama akan bermula dengan kelayakan serantau, seperti Liga Professional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) bagi Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Myanmar; serta kelayakan M1 untuk negara tanpa MPL seperti Kemboja, Thailand dan Laos, Vietnam, Jepun, Turki, Rusia, Amerika Syarikat dan Brazil. Dengan begitu ramai pesaing yang hebat, hanya masa yang dapat mendedahkan siapa yang bakal mencapai kemuncak pertandingan.

Para peminat tidak perlu menunggu lagi. Pas tiga hari dan satu hari kini tersedia, disertakan dengan beg cenderahati yang menarik serta penyertaan dalam cabutan bertuah M1 yang hebat. Walaupun tiket Emas M1 telah habis dijual, namun, mereka yang terlepas peluang tidak perlu bimbang kerana pas Perak dan Gangsa masih boleh dibeli. Sepanjang kejohanan, individu yang bertuah berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk motosikal, telefon pintar, kerusi gaming, headset, pek M1 dan banyak lagi. Selain itu, terdapat peluang untuk turut serta dalam KOL Showmatch, mencuba Experience Zone, serta jualan patung Miya yang popular.

Tambahan lagi, e-sukan akan diperkenalkan buat kali pertama di Sukan Asia Tenggara (SEA Games) dari 30 November hingga 11 Disember tahun ini, dan Mobile Legends bakal menyumbangkan pingat emas pertama dalam kategori e-sukan. Sembilan pasukan kebangsaan akan bersaing untuk menjadi pasukan Mobile Legends: Bang Bang yang terunggul di seluruh Asia Tenggara. Saksikan siaran langsung perlawanan ini pada 5, 7 dan 8 Disember melalui halaman Facebook Mobile Legends: Bang Bang.

Justeru, memang terdapat banyak peristiwa menarik yang dinantikan peminat dan pemain francais Mobile Legends: Bang Bang di seluruh dunia.

Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang yang pertama akan berlangsung di Malaysia. Adakah anda bersedia untuk menyaksikannya? Cepat dapatkan tempat anda sebelum tiket Perak dan Gangsa turut habis dijual. Layari http://bit.ly/M1-Tickets untuk menempah tiket atau http://m1.mobilelegends.com untuk maklumat lebih lanjut. Anda juga boleh mendapatkan diskaun tiket sebanyak 25% dengan menggunakan kod “25OFFM1”.