Connect with:




Seramai 15 pegawai belia dan sukan negeri Johor ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) akibat salah laku rasuah berjumlah melebihi RM90,000 semalam.

SPRM dalam satu kenyataan mengesahkan penganjuran program Liga Sukan Daerah yang sepatutnya dibuat di Ledang, Mersing, Muar, Batu Pahat, Kulai, Pontian, Kluang dan Kota Tinggi sepanjang 2015 tidak terlaksana walaupun sudah membuat tuntutan bajet.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 30an hingga 50an itu ditahan di pejabat SPRM negeri Johor pada jam 12 tengah hari semalam.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan penghargaan peribadinya berikutan penahanan 15 pegawai dari kementeriannya itu.

Beliau juga bertekad untuk menjadikan KBS  kementerian nombor satu dalam bab urus tadbir baik, cekap dan amanah.

Sumber: Berita Harian & Malaysia Dateline