Pada Piala Dunia 2010, Sepanyol berjaya membuktikan kepada dunia bola sepak dunia bahawa mereka pasukan paling handal dengan memenangi kejuaraan kejohanan paling berprestij seantero dunia ketika itu. Justeru, pada tahun 2016 pula, Sepanyol telah menukar jurulatih mereka iaitu Julen Lopetegui.
Apa yang lebih membanggakan, prestasi mereka pada- kelayakan Piala Dunia amat memberangsangkan. Mereka memenangi sebanyak sembilan daripada 10 perlawanan secara keseluruhan. Seterusnya, mereka menerajui kumpulan ketika kelayakan Piala Dunia dengan 28 mata. Lantaran itu, ianya tidak mustahil buat Sepanyol untuk meletakkan sasaran penuh mereka bagi memenangi sekali lagi Piala Dunia edisi 2018 di Rusia nanti.
Sepertimana yang kita tahu, ramai bintang terkemuka dunia berasal dari Sepanyol. David de Gea, Andrés Iniesta, Gerard Piqué, dan Sergio Ramos merupakan kunci utama buat Sepanyol mempamerkan aksi yang baik di Rusia. Dalam pada itu, Sergio Ramos dilihat bakal mengetuai pasukannya sebagai kapten. Bagi pemain-pemain muda, pemain yang berpotensi dilihat tersenarai secara rasmi dalam 23 skuad Sepanyol ke Piala Dunia adalah Álvaro Odriozola, Rodri dan Marco Asensio.
Walaubagaimanapun, ranking bola sepak Sepanyol telah menurun daripada kedudukan pertama kepada kedudukan keenam dan mereka perlu memandang serius bermain dengan baik bagi merampas kembali carta teratas dunia.Sepanyol di Piala Dunia Rusia 2018
Juara dunia 2010 ini diletakkan dalam Kumpulan (B) Fifa World Cup 2018. Perlawanan pertama mereka bakal menentang juara-juara Eropah (Portugal) pada 15 Jun. Kemudian, mereka akan menghadapi (Iran dan Morocco) dalam kumpulan mereka. Menang dalam perlawanan betermu Portugal membolehkan Spain layak untuk mara ke pusingan seterusnya.
Juara dunia 2010 ini diletakkan dalam Kumpulan (B) Fifa World Cup 2018. Perlawanan pertama mereka bakal menentang juara-juara Eropah (Portugal) pada 15 Jun. Kemudian, mereka akan menghadapi (Iran dan Morocco) dalam kumpulan mereka. Menang dalam perlawanan betermu Portugal membolehkan Spain layak untuk mara ke pusingan seterusnya.
Portugal vs Sepanyol – 15 Mei 2018
Iran vs Sepanyol – 20 Jun 2018
Sepanyol vs Maghribi – 25 Jun 2018
Iran vs Sepanyol – 20 Jun 2018
Sepanyol vs Maghribi – 25 Jun 2018
Skuad rasmi Sepanyol seramai 23 pemain diumumkan pada minggu kedua Mei. Julen Lopetegui membuat pindaan sewajarnya yang seimbang untuk memberi persaingan yang sukar dalam perlawanan.
Pemain | Posisi | Kelab |
Pepe Reina | Penjaga Gol | Napoli |
David de Gea | Penjaga Gol | Manchester United |
Kepa Arrizabalaga | Penjaga Gol | Athletico Bilbao |
Sergio Ramos (C) | Pertahanan | Real Madrid |
Gerard Piqué | Pertahanan | Barcelona |
Jordi Alba | Pertahanan | Barcelona |
César Azpilicueta | Pertahanan | Chelsea |
Dani Carvajal | Pertahanan | Real Madrid |
Nacho | Pertahanan | Real Madrid |
Marcos Alonso | Pertahanan | Chelsea |
Andrés Iniesta |
Tengah | Barcelona |
Koke | Tengah | Atlético Madrid |
Isco | Tengah | Atlético Madrid |
Thiago | Tengah | Bayern Munich |
Marco Asensio | Tengah | Real Madrid |
Saul | Tengah | Atlético Madrid |
David Silva | Tengah | Manchester City |
Sergio Busquets | Tengah | Barcelona |
Diego Costa | Penyerang | Atlético Madrid |
Iago Aspas | Penyerang | Celta Viago |
Álvaro Morata | Penyerang | Chelsea |
Pedro | Penyerang | Chelsea |
*Ini adalah senarai 23 skuad Sepanyol ke Piala Dunia 2018 Rusia yang TERKINI. Pindaan dalam senarai mungkin akan berlaku sehingga senarai akhir rasmi dikeluarkan pada pertengahan Mei.
Jadi, Sepanyol merupakan pasukan pilihan anda untuk menang Piala Dunia Rusia 2018?
—
Anda nak menonton perlawanan Piala Dunia Rusia secara live Jun nanti? Jom join peraduan DS Terjah Rusia dari kami!
Info lanjut jom ke laman sosial media kami!