Connect with:




Skuad Arsene Wenger terus mempamerkan permainan yang menyakinkan apabila mencatat kemenangan 3-1 ke atas AC Milan dalam perlawanan kedua Liga Europa awal pagi tadi dan menempah tiket ke suku akhir secara agregat 5-1.

Bagaimanapun, AC Milan terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila Hakan Calhanoglu menjaringkan gol pertama. Namun jaringan itu hanya bertahan empat minit sebelum penyerang Arsenal, Danny Welbeck menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minitt ke-39.

Arsenal terus menjarakan kedudukan apabila Granit Xhaka menjaringkan gol kedua sebelum Welbeck sekali lagi mencatat gol ketiga dan gol kedua beliau dalam perlawanan itu.

Kemenangan yang diraih Arsenal ini sudah tentu memberi sedikit kelegaan kepada pengurusnya, Arsene Wenger yang menghadapi kritikan demi kritikan kerana prestasi hambar pasukan Gunners.

Foto Kredit : FB Arsenal