Sasaran 11 pingat emas telah diletakkan kepada kontinjen negara di Sukan SEA 2017 yang akan bermula dari 14 hingga 29 Ogos ini.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sasaran yang diletakkan adalah realistik berdasarkan kemampuan atlet negara ketika ini.

“Setelah membuat penelitian, sasaran untuk menjadi juara pada edisi kali ini adalah kita perlu memungut 111 pingat emas.

“Bagi Sukan PARA Asean pula, kita letakkan sasaran 103 emas” katanya pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Sukan Sea dan Sukan Para Asean di Putrajaya, hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang meminta para atlet negara berjuang berhabis-habisan demi negara.

“Ingatlah anda akan bersaing di bumi sendiri, jadi mari berhempas pulas, lakukan yang terbaik bersama-sama rakyat Malaysia” jelas beliau.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia muncul juara keseluruhan adalah pada 2001 iaitu ketika Malaysia menjadi tuan rumah temaysa dwi tahunan tersebut.