Connect with:




Liga-liga utama Eropah kini telah hampir dipenghujungnya, Juventus, Barcelona dan Paris Saint Germain (PSG) kini telah dinobatkan juara liga walaupun berbaki beberapa perlawanan lagi. Kini seluruh dunia terarah untuk menyaksikan dua lagi liga utama Eropah iaitu Liga Perdana Enggeris (EPL) antara Manchester City dan Liverpool yang hanya dibezakan satu mata setakat ini manakala satu lagi adalah Bundesliga antara Bayern Munich dan Borussia Dortmund yang hanya dibezakan dua mata.

Tetapi sudah pasti ada yang menjadi tulang belakang disebalik kejayaan demi kejayaan yang diraih setiap pasukan bola sepak sejak dahulu lagi. Mereka itu adalah penyokong yang setia terhadap sesebuah pasukan sahaja yang sentiasa berada dibelakang pasukan ketika jatuh dan bangun.

Tanpa penyokong, hancurlah arena bola sepak, penyokong dianggap sebagai pemain ke-12 pasti ditagih oleh mana-mana pasukan bola sepak di seluruh dunia. Penyokong akan memberikan aura dan semangat kepada pasukan dengan sorakan dan menyanyikan ‘chant’ di setiap perlawanan dan sentiasa menghidupkan suasana stadium.

Mereka akan turut bertindak membakar semangat pemain supaya pemain-pemain yang moralnya telah jatuh agar kembali bersemangat. Oleh itu, kami senaraikan 10 penyokong bola sepak paling setia dan purata kehadiran tertinggi sejak 2013 hingga 2018 berdasarkan laporan The CIES Football Observatory.

  1. Borussia Dortmund

Borussia Dortmund

Jerman: Bundesliga

Stadium: Signal Iduna Park

Kapasiti: 81,365

Purata kehadiran: 80,230

 

  1. Manchester United

Manchester United

England: EPL

Stadium: Old Trafford

Kapasiti: 76,000

Purata Kehadiran: 75,218

 

  1. Barcelona

Barcelona

Sepanyol: La Liga

Stadium: Camp Nou

Kapasiti: 99,354

Purata Kehadiran: 74, 876

 

  1. Bayern Munich

Bayern Munich

Jerman: Bundesliga

Stadium: Allianz Arena

Kapasiti: 75,000

Purata kehadiran: 73,781

 

  1. Real Madrid

Real Madrid

Sepanyol: La Liga

Stadium: Santiago Bernabéu

Kapasiti: 81,044

Purata Kehadiran: 69,822

 

  1. Schalke 04

Schalke 04

Jerman: Bundesliga

Stadium: Arena AufSchalke

Kapasiti: 62,271

Purata Kehadiran: 61,328

 

  1. Arsenal

Arsenal

England: EPL

Stadium: Emirates

Kapasiti: 60,260

Purata Kehadiran: 59,793

 

  1. Hamburger SV

Hamburger SV

Jerman: Bundesliga

Stadium:  Volksparkstadion

Kapasiti: 57,000

Purata Kehadiran: 52,349

 

  1. VfB Stuttgart

VfB Stuttgart

Jerman: Bundesliga

Stadium: Mercedes-Benz Arena

Kapasiti: 60,441

Purata Kehadiran: 52,012

 

  1. Atlanta United

Atlanta United

Amerika Syarikat: Liga Bolasepak Major (MLS)

Stadium: Mercedes-Benz

Kapasiti: 71,000

Purata Kehadiran: 51,547

 

Macam mana adakah anda tergolong dalam 10 penyokong paling setia kepada pasukan tersebut? Penyokong pasukan mana lagi yang anda rasa layak untuk berada di kedudukan 10 teratas? Kongsikan pendapat ada diruang komen.

Senarai 52 penyokong pasukan dengan purata kehadiran tertinggi setiap perlawanan.
Sumber: The CIES Football Observatory