Connect with:




Bagi peminat E-sukan, anda pasti tidak sabar menunggu kejohanan The International Dota 2 (TI) yang bakal berlangsung 20 hingga 25 Ogos ini di Rogers Arena, Kanada.  Valve Corporation, syarikat pembangunan permainan selaku penganjur bagi kejohanan ini telah menampilkan sebanyak 18 pasukan untuk bersaing di “The International 2018 (T18). Sepuluh pasukan daripadanya telah berjaya melepasi pusingan kelayakan dengan penglibatan ramai muka-muka baru yang akan beradu kekuatan mental dan fizikal dalam kejohanan terbesar E-Sukan tersebut. Jom kenali 10 pasukan pilihan ini.

1- Fnatic (Asia Tenggara)

Ditubuhkan pada tahun 2004 ketika zaman awal industri permainan video professional, Fnatic telah berjaya membentuk dunia baru dalam E-sukan apabila menjadi fenomena yang berkembang pesat buat peminat ‘gaming di seluruh sunia.
Mereka telah menyertai lebih daripada 75 acara antarabangsa setiap tahun dalam kesemua 20 permainan yang berbeza termasuk League of Legends, DotA2, Battlefield 4 dan CSGO. Paukan ini berpengkalan dekat salah sebuah negara yang terkenal dengan bidang Esport iaitu London.

2- TNC Predator (Asia Tenggara)

Selepas mendapatkan DeMoN sebagai kapten pasukan mereka, TNC adalah antara pasukan terbaik dalam Asia Tenggara dan menjadi pasukan pertama dari Filipina yang melayakkan diri ke kejohanan Esport berprestij, The International sejak di TI.
Pada Temasya The International 2016, mereka telah mengejutkan peminat Esport apabila mengalahkan juara utama dua kali dalam dua perlawanan sehingga kemenangan mereka ini dikatakan sebagai sejarah bagi kejohanan The Internationalsepanjang diadakan.

3- Team Serenity (China)

Ia merupakan suatu kejutan besar bagi kebanyakan pasukan lain yang menggap pasukan mereka merupakan pasukan ‘underdog’ dalam Esport. Mereka mempamerkan aksi kompetitif hingga mampu menempah tempat dalam T18 dengan menumpaskan menumpaskan antara pasukan terbaik di China, LGD Forever Young sebanyak 2-0. Ditubuhkan pada September 2017, pasukan ini dimiliki oleh sebuah media digital yang sangat popular di China iaitu organisasi Weibo.com.

______________________________

Baca artikel penuh di e-majalah Dunia Sukan untuk ketahui baki 7 lagi pasukan baharu dalam The International. Hanya perlu muat turun applikasi DUNIA SUKAN di peranti pintar anda dan jadi ahli komuniti DS tanpa sebarang bayaran! Selain dapat membaca e-majalah, anda juga boleh menggunakan baucar istimewa dari rakan-rakan strategi kami serta berpeluang memenangi hadiah menarik setiap bulan.

Bagi pengguna android, muat turun applikasi DUNIA SUKAN di sini.
Bagi pengguna Iphone, muat turun applikasi DUNIA SUKAN di sini