Connect with:




Kadang-kadang kita susah untuk percaya. Tetapi ia memang betul terdapat  fakta-fakta yang bola sepak yang mungkin ada tidak pernah tahu pun sebelum ini. Jom kita saksikan.

  1. Luka Modric dan Mark Viduka merupakan sepupu.

Kita mungkin mengatakan bahawa dua pemain ini tidak mempunyai apa-apa pertalian. Tetapi pemenang 2018 Ballon d’Or, Luka Modrid dari Real Madrid adalah sepupu kepada  bekas penyerang terkemuka Leeds United dan Australia, Mark Viduka.

Keluarga Mark Viduka merupakan imigran dari Croatia berhijrah ke Australia pada era 1960-an.

Foto: The Foobal Republic

  1. Gary Lineker tidak pernah satu kali pun dilayangkan kad oleh pengadil sepanjang karier bola sepaknya.

Gary Lineker adalah bekas penyerang England  yang pernah beraksi untuk pasukan Leicester City, Everton, Tottenham Hotspur dan Barcelona sejak 1978 hingga 1994 ini bermain sebanyak 567 perlawanan sepanjang kariernya dan menjaringkan 281 gol. Tetapi yang menariknya tentang karier Lineker adalah beliau tak pernah pernah dilayangkan kad kuning oleh pengadil apatah lagi kad merah.

Antara pemain lainyang turut tidak pernah dilayangkan kad merah oleh pengadil adalah Phillip Lahm, Raul Gonzalez, Damien Duff dan Ryan Giggs.

Foto : Akhayar.com

  1. Mark Hughes pernah bermain dua perlawanan kompetitif dalam satu hari.

Pada 11 November 1987, Mark Hughes telah mewakili Wales ketika menentang Chechoslovakia di Prague pada pukul 4.30. Hughes gagal membantu Wales untuk menang dalam perlawanan itu apabila Wales tewas di tangan Chechoslovakia 0-2.

Selepas perlawanan itu tamat, Hughes terus menaiki jet peribadi untuk terbang membantu kelabnya Bayern Munich menentang Borussia Moenchengladbach dalam aksi DFB-pokal pula. Hughes yang tiba pada separuh masa pertama telah tamat ketika Bayern ketinggalan 0-2. Beliau telah dimasukkan pada separuh masa kedua dan berjaya membantu Bayern menang 3-2.

Hughes yang pernah berkhidmat menjadi pengurus di Blackburn Rovers, Fulham, Queens Park Rangers (QPR), Manchester City, Stoke City dan kini beliau bersama Southampton.

Foto : Goal.com

  1. Menjuarai European Cup 1967 dengan pemain kampung sendiri?

Boleh dikatakan pasukan Celtic hanya menggunakan pemain di kampung halaman sendiri untuk menjuarai European Cup 1967. Celtic mempunyai 10 pemain yang dilahirkan kurang 10 batu dari stadium Celtic, Parkhead. Manakala seorang lagi pemain, Bobby Lennox dilahirkan di Saltcoats, 30 batu dari Parkhead

Pada hari perlawanan akhir itu ketika menentang Internazionale yang terkenal dengan taktikal catenaccio yang defensif, kejayaan Celtic pimpinan pengurus Jock Stein ini juga dianggap ‘kejayaan untuk bola sepak’ kerana Celtic mengamalkan corak bola sepak yang menyerang.

Apa yang paling menarik dan paling manis buat penyokong Celtic adalah kejayaan ini dicapai dengan penggunaan 100% anak tempatan. Hebat!

Foto : Celtic FC Fans

  1. Aberdeen FC pasukan yang tidak pernah tewas dan seri menentang Real Madrid

Tahukah anda pasukan dari British, Aberdeen Fc merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya merekodkan kemenangan 100% menentang Real Madrid.

Aberdeen FC yang ketika itu diurus oleh Alex Ferguson yang masih muda belia telah berjaya memegang rekod ini selepas menewaskan Real Madrid 2-1 selepas masa tambahan dalam perlawanan akhir European Cup Winners’ Cup 1983. Dua lagi kelab lain yang mempunyai rekod kemenangan 100% menentang Real Madrid adalah Boca Juniors dan Girona.

Manakala terdapat satu lagi kelab yang berjaya merekodkan tanpa kalah menentang Barcelona iaitu Dundee United dari Scotland. Dundee United menumbangkan Barcelona dalam dua aksi suku akhir UEFA Cup 1986/1987.

Foto : Marca.com

  1. Alex Song mempunyai 27 adik-beradik.

Jika kita dengar seseorang itu mempunyai 10 orang adik-beradik pasti kita terkejut dikatakan ramai. Bagaimana pula dengar 27 orang adik-beradik?

Begitulah ramainya adik beradik bekas pemain tengah Arsenal dan Barcelona, Alex Song yang mempunyai 27 orang adik-beradik. Song mempunyai 10 adik-beradik lelaki dan 17 adik-beradik perempuan hasil perkahwinan bapanya dengan lima wanita.

Bapa Song meninggal dunia ketika Song berumur dua tahun dan membuatkan Song berazam untuk menjadi pemain bola sepak profesional untuk membantu keluarganya.

Foto : African Celebrities

  1. Gol paling banyak dijaringkan oleh seorang pemain.

Jika seseorang pemain itu telah menjaringkan ‘double hat-trick’ boleh dikatakan beliau raja pada perlawanan itu tetapi bagaimana jika menjaringkan lebih daripada ‘fifth hat-trick’ iaitu sebanyak 16 gol dalam satu perlawanan.

Gol-gol itu dijaringkan oleh Stefan ‘Stanis’ Dembicki dari Perancis, pemain pasukan Racing Club de Lens pada Disember 1942. Dalam perlawanan itu, pasukannya telah menang dengan jaringan 32-0 ketika menentang Auby-Asturies dalam pusingan pertama Coupe de France pada musim 1942/1943.

Foto : FFF

  1. Jakub Błaszczykowski menyaksikan bapanya menikam ibunya sehingga mati didepan mata.

Siapa sangka bekas pemain Borussia Dortmund dan Poland ini pernah menyaksikan bapanya sendiri telah menikam ibunya berkali-kali sehingga mati di depan mata ketika beliau berumur 10 tahun. Beliau mendedahkan perkara ini di dalam buku autobiografinya yang bertajuk ‘Kuba’.

Selepas itu, bapanya telah dihukum penjara 15 tahun atas jenayah tersebut dan Błaszczykowski kemudiannya dibesarkan oleh neneknya sehingga berjaya menjadi pemain bola sepak profesional.

Foto : kuba.blaszczykowski

  1. Fernando Torres kapten pasukan ketika bermain bersama Diego Simeone?

Bermain bersama bos sendiri? Ya Fernando Torres memulakan debut bersama Atletico Madrid diusia 17 tahun, kemudiannya beliau dijadikan kapten pasukan pada musim 2003/2004 ketika usianya baru 19 tahun. Makanala usia Diego Simeone pada ketika itu adalah 33 tahun.

Tetapi pada musim 2015-2018 Diego Simeone merupakan pengurus Atletico Madrid dan juga bos kepada Fernando Torres sebelum Torres berhujrah ke Jepun.

Foto : Squawka Football

  1. Stoke City pun pernah ada pemenang Ballon d’Or sebagai anggota pasukan?

Selepas Cristiano Ronaldo berhijrah ke Real Madrid dari Manchester United, Stoke City adalah kelab Liga Perdana Inggeris terakhir yang mempunyai pemenang Ballon d’Or sebagai anggota pasukan iaitu Michael Owen.

Michael Owen merupakan pemenang anugerah Ballon d’Or tahun 2001 ketika beraksi untuk Liverpool dan pernah beraksi untuk Stoke City pada musim 2012/2013 sebelum bersara.

Foto : Stoke City

Inilah semua fakta yang betul-betul terjadi. Pasti ada diantara kalian yang baru mengetahui tentang hal ini bukan? Sudah pasti banyak lagi fakta-fakta menarik yang telah wujud dan bakal terjadi dalam dunia bola sepak.