Connect with:




Sebagai seorang atlet ternyata tidak hanya memerlukan kemahiran untuk berjaya tetapi juga memerlukan stamina, kepantasan, kecekapan, postur tubuh badan dan sebagainya.

Tetapi bagaimana pula jika seseorang atlet itu mempunyai ketinggian tubuh badan yang sangat tinggi sehingga melebihi paras 2 meter (m), adakah ia berjaya menjadi atlet yang berjaya. Kebiasaannya atlet bola keranjang satu-satunya sukan yang kerap mempuyai atlet dengan ketinggian badan di atas paras normal, tetapi sejarah menunjukkan atlet bertubuh tinggi bukan hanya dari sukan bola keranjang.

Berikut ini nerupakan senarai 10 atlet tertinggi di dunia yang pernah mewarnai arena sukan dunia. Mereka adalah atlet profesional dalam bidang sukan masing-masing yang mempunyai tubuh badan yang tinggi berbanding atlet-atlet lainnya.

 

  1. Edouard Beaupré – Kanada (2.52m)

Foto: Courtesy of Wikimedia Commons

Edouard Beaupré yang popular dengan jolokan Willow Bunch Giant berjaya dinobatkan sebagai atlet paling tinggi di dunia.  Beliau merupakan atlet gusti profesional yang berasal dari Kanada. Tinggi badannya adalah 2.52m dengan berat 180 kilogram (kg).

Peningkatan tingginya semakin meningkat secara mendadak, ketika usianya baru sembilan tahun tingginya sudah mencapai enam kaki (1.82m) dan pada usia 17 tahun beliau mencatat ketinggian 7 kaki 1 inci (2.16m).

Ketika beliau meninggal pada 3 Julai 1904 pada usia 23 tahun, doktor mengukurnya lagi dan didapati tinggi Beaupré meningkat satu sentimeter (CM). Jika Beaupré tidak meninggal, beliau kemungkinan akan mampu mencecah ketinggian tiga meter.

 

  1. Suleiman Ali Nashnush – Libya (2.45m)

Foto: Alchetron

Suleiman Ali Nashnush merupakan salah satu dari 17 orang di dunia yang memiliki ketinggian badan di atas 2.4m. Beliau merupakan pemain bola keranjang Libya dan juga pelakon.

Pada 1960, beliau berjaya menjalani pembedahan untuk memperbaiki pertumbuhan abnormalnya. Beliau juga tercatat dalam sejarah sukan bola keranjang dengan pemain paling tinggi iaitu 2.45m dan hanya bermain untuk pasukan negaranya, Libya.

 

  1. Gogea Mitu – Romania (2.42m)

Foto: Fineaartamerica

Gogea Mitu merupakan atlet tinju dari Romania dan juga peninju tertinggi dengan tubuh tertinggi di dunia. Beliau tidaklah popular dalam sukan tinju tetapi beliau popular kerana ketinggiannya iaitu 2.42m dan berat badannya 183kg.

Pada usia 20 tahun, beliau telah mencapai ketinggian 2.42m itu dan memiliki ukuran kaki 38cm. beliau sempat membuat penampilan hanya tiga kali dalam sebagai peninju profesional dan pada 8 Jun 1936, beliau meninggal dunia akibat batuk kering pada usia 26 tahun.

 

  1. Sun Ming Ming – China (2.36m)

Foto : Reddit

Sun Ming Ming merupakan pemain bola keranjang yang berasal dari Tiongkok, China. Jika Guinness World Records mencatatkan Suleiman Ali Nashnush sebagai pemain bola keranjang tertinggi di dunia, tapi Sun Min Ming berjaya tercatat sebagai pemain bola keranjang profesional tertinggi dengan tinggi 2.36m dan berat 168kg.

Beliau memakai saiz kasut dengan ukuran 20 dan juga seoang pelakon yang pernah berlakon dalam filem Rush Hour 3 (2007), Funny Soccer (2016) dan The Thousand Faces of Dunjia (2017).

 

  1. Gheorghe Mureşan – Romania (2.31m)

Foto: Pinterest

Gheorghe Mureşan adalah salah satu pemain tertinggi dalam sejarah Persatuan Bola Keranjang Nasional (NBA) bersama dengan pemain Sudan, Manute Bol yang juga memiliki ketinggian sama iaitu 2.31m.

Beliau mula bermain secara profesional di liga Perancis bersama Pau-Orthez pada musim 1992-1993 dan telah mempunyai ramai peminatnya. Kemudian Mureşan telah menarik minat NBA dan telah terpilih mewakili Washington Bullets pada 1993 NBA Draft.

Mureşan bermain di NBA sehingga tahun 2000 dengan menampilkan aksi cemerlang setiap musim sebelum beliau mengalami kecederaan sehingga menghentikan kariernya.

 

  1. Manute Bol – Sudan (2.31m)

Foto: Slam Philippines

Manute Bol merupakan pemain berasal dari Sudan dan juga merupakan seorang aktivis politik. Dengan mempunyai ketinggian 2.31m, beliau adalah salah satu pemain NBA tertinggi bersama Gheorghe Mureşan.

Beliau secara rasminya diukur dan didaftarkan pada ketinggian 7 kaki 6 ¾ inci dalam Guinness Book of World Records. Beliau dilahirkan pada 16 Oktober 1962 di Turalei atau Gogiral, Sudan yang kini dikenali sebagai Sudan Selatan.

 

  1. Yao Ming – China (2.29m)

Foto: Yahoo Sports

Yao Ming yang lahir pada 12 September 1980 merupakan pemain bola keranjang profesional yang berasal dari Tiongkok, China. Beliau menghabiskan kariernya bersama Houston Rockets dari NBA.

Beliau juga mengakhiri karier sebagai antara pemain aktif tertinggi di NBA dengan ketinggian 2.29m dan berada dikedudukan ke-7 atlet tertinggi dalam sejarah.

 

  1. Hasheem Thabeet – Tanzania (2.21m)

Foto: M Live

Hasheem Thabeet merupakan pemain profesional berasal dari Tanzania yang pernah bermain untuk Oklahoma Citu Thunder. Beliau mempunyai ketinggian 2.21m dan masih aktif bermain.

Pada 29 September 2017, beliau menandatangani untuk bermain bersama Yokohama B-corsairs di Liga-B Jepun.

 

  1. Giant Silva – Brazil (2.18m)

Paulo César da Silva atau lebih dikenali dengan Giant Silva merupakan bekas pemain bola keranjang Brazil dan bermain untuk Brazil dalam Sukan Olimpik. Beliau tidak pernah bermain di NBA dan tidak memfokuskan sukan bola keranjang sebagai karier beliau.

Giant Silva lebih terkenal sebagai seorang pengusti profesional dalam Seni Mempertahankan Diri Campuran (MMA). Beliau seorang pengusti dalam kelas berat yang mempunyai kemampuan yang luar biasa.

 

  1. Margo Dydek – Polandia (2.18m)

Foto: AP (Fred Beckham)

Margo Dydek merupakan satu-satunya atlet wanita dalam senarai 10 atlet tertinggi di dunia. Beliau merupakan pemain bola keranjang profesional yang berasal dari Poland denga ketinggian 2.18m. beliau juga merupakan atlet bola keranjang wanita profesional tertinggi di dunia.

Beliau bermain di posisi tengah untuk kelab Connecticut Sun di Persatuan Bola Keranjang Nasional Wanita (WNBA) dan juga jurulatih kepada Wizars Northside di Liga Bola Keranjang Queensland.