Connect with:




Media perniagaan terkemuka di dunia, Forbes baru-baru ini telah mengeluarkan senarai atlet terkaya sepanjang dekad ini (2010-2019). Dalam senarai tersebut, lagenda tinju, Floyd Mayweather mengungguli carta menewaskan pencabar-pencabar dari sukan lain.

Senarai tersebut juga menyaksikan kesemua 10 atlet teratas diungguli atlet lelaki dan agak mengejutkan apabila Forbes mengatakan hanya seorang sahaja atlet wanita tersenarai dalam kedudukan 40 terkaya iaitu bintang tenis dunia, Serena Williams.

Berikut senarai 10 atlet terkaya dunia dekad ini:

  1. FLOYD MAYWEATHER

    Floyd mengutip USD 915 juta pada tempoh 10 tahun ini dengan separuh hasil tersebut datang dari wang pertarungannya dengan dua bintang lain iaitu Manny Pacqiao dan Connor McGregor. Floyd sempat memuatnaik status mengenai senarai Forbes ini dan dikhabarkan bakal kembali dari persaraan pada tahun hadapan.

  2. CRISTIANO RONALDO


    Tengok iklan shopee, muka dia. Tengok iklan Nike, muka dia. Cristiano sememangnya atlet paling bernilai dalam dunia komersial. Bintang Juventus ini memungut USD 800 juta hasil dari duit penajaan dan komersial.
  3. LIONEL MESSI


    Seteru Cristiano, Lionel Messi ditangga ketiga dengan kutipan USD 750 juta. Sebagai rekod, Messi merupakan atlet dengan gaji tertinggi untuk tahun ini.

    4. LEBRON JAMES


    Bintang bola keranjang dunia ini mengutip USD 680 juta dengan 2/3 hasil tersebut datang dari wang penajaan dan komersial.

    5. ROGER FEDERER

    Walaupun sudah berusia 38 tahun, Federer masih unggul menjadi bintang tenis terkaya, menewaskan dua seteru utamanya iaitu Novak Djokovic dan Rafael Nadal. Federer memungut USD 640 juta dan separuh daripadanya datang hasil dari penajaan bersama jenama Uniqlo pada 2018.

    6. TIGER WOODS

    Nama Tiger Woods yang tenggelam beberapa tahun sebelum ini kembali menyerlah selepas menjuarai US Master tahun ini selepas kemarau kejuaraan besar bertahun-tahun lamanya. Woods mengumpul USD 615 juta dalam dekad ini dan lebih separuh jumlah tersebut disumbangkan oleh hasil penajaan dan komersial.

    7. PHIL MICKELSON

    Seorang lagi bintang golf, Phil Mickleson berjaya memasuki kedudukan 10 atlet terkaya dekad ini hasil kutipan USD 480 juta.

    8. MANNY PACQUIAO

    Petinju dari Filipina ini mengutip USD 435 juta untuk mendudki tangga kelapan. Kebanyakan hasil pendapatan Pacquaio ini datang dari wang yang dikutip menerusi siaran pay-per-view pertarungannya.

    9. KEVIN DURANT


    Selepas Kobe, Kevin Durant menjadi atlet bola keranjang kedua dalam senarai Forbes ini. Durrant mengutip USD 425 juta dalam tempoh 10 tahun ini.

    10. LEWIS HAMILTON

    USD 400 Juta. Itulah jumlah yang dikutip juara dunia Formula 1, Lewis Hamilton yang menjadikannya atlet sukan permotoran paling kaya di dunia.